Sirah : PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ
Peristiwa
Israk dan Mikraj adalah peristiwa besar dalam sejarah hidup Muhammad dan dalam
sejarah umat Islam. Dengan peristiwa ini, Masjid al-Aqsa dan Baitulmaqdis
menjadi semakin mulia.
Bahkan
turun ayat al-Quran berhubung Masjid al-Aqsa ini dalam surah al-Isra’ ayat 1 yang bermaksud “ Maha suci Allah yangg
menjalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid al-Haram (di Mekah)
ke Masjid al-Aqsa (di Palestin), yang kami berkati sekelilingnya, untuk
memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami.
Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
Menurut
ayat ini, bumi Quds adalah bumi yang diberkati. Begitu juga kawasan di
sekelilingnya. Allah yang memberkati tempat ini. Pada suatu malam, Jibril
datang kepada Muhammad bin Abdullah yang sedang tidur di Kaabah. Seperti yang
sama-sama kita ketahui, Jibril membawa Muhammad naik Bura’ iaitu kenderaan dari
Syurga, dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Palestin.
Di
Masjid al-Aqsa, sedang berlaku perhimpunan yang sangat luar biasa. Allah
menghidupkan para rasul dan para nabi untuk bertemu dengan Muhammad di Masjid
al-Aqsa. Ulama menyebut jumlah para rasul 315 orang dan jumlah nabi 24 000
orang. Allah mengumpulkan bilangan begitu besar untuk bertemu dengan Muhammad.
Tidak ada tempat di dunia yang mana semua rasul dan nabi-nabi berkumpul di situ
melainkan Kaabah dan Baitul Maqdis. Muhammad berkata, “Semua rasul dan nabi menunaikan haji di Mekah.”
Bagaimana
hendak kita bayangkan Muhammad mengimamkan sembahyang para rasul dan nabi.
Persidangan para rasul dan nabi. Inilah kemulian Muhammad. Sembahyang dan
persidangan yang tidak berulang lagi buat kali kedua di bumi ini.
Selepas
sembahyang, Jibril datang membawa satu bekas susu dan susu bekas arak kepada
Muhammad. Muhammad memilih susu.
Jibril
berkata kepada Muhammad, “ Kamu terpimpin kerana memilih susu, wahai Muhammad.
Begitu juga umat kamu.” Ini menunjukkan arak perkara yang tidak baik. Selepas
itu, baru ianya diharamkan. Allah menjaga rasulnya. Muhammad tidak pernah minum
arak sejak kecil lagi.
Kemudian,
Muhammad dimikrajkan iaitu diangkat ke langit. Inilah kuasa Allah yang tidak
ada batasannya. Muhammad dibawa dalam perjalanan yang begitu jauh dalam masa
yang terlalu singkat. Allah mahu mengajar kepada hambanya. Jika Allah mahu, Allah boleh buat perkara yang di
luar jangkauan akal dan kekuatan manusia. Apabila dibuka pintu langit pertama
kepada Muhammad, di situ sahaja Muhammad melihat pelbagai perkara yang ajaib.
Antaranya, Muhammad melihat seorang lelaki yang tingginya 60 kaki. Apabila
lelaki ini berpaling ke kanan dia tersenyum dan apabila berpaling ke kiri dia
menangis.
“Siapa ini?”Muhammad bertanya kepada Jibril.
Jibril
menjawab,”Itulah Adam. Apabila dia
melihat ke kanan dia melihat kepada umatnya yang masuk syurga maka tersenyum
dia. Apabila dia memandang ke kiri, dia melihat umatnya yang masuk ke neraka,
maka menangislah dia.”.
Kemudian,
Muhamad melihat ada orang yang berenang dalam lautan darah. Apabila mereka
sampai ke tepi, mereka mengangakan mulut mereka lalu para malaikat melontarkan
api-api neraka ke dalam mulut mereka.
Muhammad
bertanya Jibril, “Siapa mereka ini?”
Jibril berkata, “Mereka
inilah orang-orang lelaki yang memakan harta anak yatim. Mereka diseksa di sini
dulu sebelum diseksa di akhirat selepas kiamat nanti.”
Kemudian,
Muhammad melihat orang-orang lelaki yang perut mereka besar-besar. Mereka semua
terlentang kemudian kaum Firaun lalu disitu sambil memijak perut orang-orang
tadi. Kaum Firaun ini dibawa melihat nereka dua kali sehari supaya mereka dapat
melihat tempat mereka tnanti. Dalam perjalanan mereka pergi ke neraka itu,
mereka memijak perut orang-orang lelaki yang sedang terlentang ini.
Muhammad
bertanya , “Siapa mereka itu?”
Jibril
berkata, “Mereka adalah orang yang makan
riba. Diazab di alam barzakh begitu sebelum diazab di nereka.”.
Kemudian,
Muhammad melalui sekumpulan lelaki yang mempunai dua jenis makanan. Satu yang
lazat dan bersih. Satu lagi yang buruk dan busuk. Tetapi mereka makan makanan
yang buruk dan busuk itu.
Muhammad
bertanya. “Siapa mereka wahai Jibril?”
Jibril
berkata, “Mereka inilah orang-orang yang
berzina. Mereka ada yang halal tetapi mereka tetap mencari yang haram walaupun
mereka tahu akibatnya macam-macam penyakit di dunia dan azab di akhirat.”
Kemudian,
di langit yang kedua Muhammad bertemu dengan Isa dan Yahya. Di langit yang
ketiga, Muhammad bertemu dengan Yusuf. Di langit yang kelima, Muhammad bertemu
dengan Harun. Dilangit yang keenam Muhammad bertemu dengan Musa.
Kemudian,
di langit yang ketujuh, Muhammad melihat Baitul Makmur, Kaabah bagi penduduk
langit, tempat para malaikat tawaf dan beribadah. Kedudukan Baitul Makmur ini
bertetapan dengan kedudukan Kaabah di bumi. Di situ Muhammad melihat ada seorang
lelaki sedang bersandar ke Baitul Makmur. Rupanya seakan-akan rupa baginda.
Muhammad
bertanya, “Wahai Jibril, siapa ini?”
Jibril
berkata, “ Itulah bapa kamu, Ibrahim.”
Pada
setiap langit, beliau disambut dan diraikan oleh para nabi dan para malaikat.
Sampai di penghujung langit yang ketujuh, Muhammad melihat Jibril sudah berubah
kepada kejadian asalnya. Itulah rupa yang pernah Muhammad lihat buat kali
pertama semasa Muhammad berlari pulang ke rumah dari Gua Hira’. Ini kali kedua
Muhammad melihat Jibril dalam rupa ini iaitu dekat dengan Sidratul Muntaha.
Dalam
surah al-Najm ayat 13 dan 14, Allah
menyatakan yang bermaksud, “Dan demi
sesungguhnya! Muhammad melihat malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal
sekali lagi, di sisi Sidratul Muntaha.”
Akhirnya,
Muhammad sampai ke tempat yang tidak pernah seorang pun manusia sampai ke situ
walaupun dia seorang rasul dan nabi. Kemudian, beliau sampai di suatu kawasan
yang tidak pernah sampai ke situ para malaikat kecuali Jibril.
Kemudian
beliau sampai ke suatu tempat dan Jibril meminta Muhammad ke depan.
Jibril
berkata, “ Kalau aku ke depan selangkah
aku akan bakar.”
Akhirnya,
beliau sampai di Sidratul Muntaha. Di tempat yang sangat luar biasa ini, dalam
pertemuan yang sangat luar biasa, Allah memerintahkan sembahyang kepada
Muhammad dan umat beliau. Semua undang-undang Islam Allah perintahkan melalui
Jibril, tetapi perintah sembahyang diterima sendiri oleh Muhammad terus
daripada Allah. Ini menunjukkan betapa besarnya sembahyang di sisi Allah.
Sembahyang menjadi tiang kepada agama ini.
Selepas
pertemuan ini, Muhammad turun dan bertemu dengan Musa.
Musa
bertanya, “Apa yang Allah perintahkan
untuk umat kamu.”
Muhammad
berkata, “ Allah memerintahkan 50 fardhu
sembahyang sehari semalam.”
Musa
berkata, “ Suku Israel diperintahkan
kurang daripada itu tetapi mereka tidak mampu laksanakan. Mintalah Allah
ringankan lagi.”
Kerana
belas kasihan dan kasih pada umatnya, Muhammad meminta Allah meringankan
sehinggalah menjadi lima waktu sehari semalam. Walaupun hanya lima kali
perlaksanaannya, tetapi Allah tetap memberi pahala menyamai 50 kali.
Kemudian
Muhammad turun ke Baitulmaqdis semula. Dari Baitulmaqdis beliaupulang semula ke
Mekah. Dalam perjalanan ini, beliau menyaksikan pelbagai pemandangan.
Antaranya, Muhammad melalui suatu rombongan yang menunggang unta. Apabila unta
ternampak Buraq, unta menjadi takut dan ada yang lari. Tuannya mengejar untanya
tetapi tidak berjaya. Muhammad memberitahu mereka di mana tempat unta mereka
bersembunyi. Mereka semua pelik mendengar suara dari langit memberitahu mereka
di mana tempat unta mereka bersembunyi. Memang benar, apabila mereka pergi ke tampat
itu mereka menjumpai unta berkenaan.
Pada
malam itu juga, Muhammad tiba kembali ke Mekah. Semua peristiwa yang berlaku
dan perjalanan yang memakan jarak yang begitu jauh sampai ke langit yang
ketujuh dan sampai ke Sidratul Muntaha, berlaku hanya dalam masa separuh dari
malam.
(“Biografi
Muhammad Bin Abdullah:Perjalan Hidup seorang Nabi , Zulkifli Mohd. Yusoff dan
Nor Naemah Abd. Rahman, 2006, PTS ISLAMIKA SDN. BHD, m/s 97 hingga 102)
p/s: Jika ada kekurangan, beritahu saya yek agar tidak memberi sebarang kesangsian pristiwa ini.
Tags:
Renungan
0 comments