Sediakan Payung Sebelum Hujan


“Adik, jangan lupa bawa payung !!! Takut hujan pulak.”

Adik berlari dengan payung dan mendapatkan alongnya sambil mendongak ke langit.

“Hujan? Tak mendung pun along? Hujan apanya.” 

“Memanglah tak mendung tapi andai kata semasa kita berjalan-jalan, hujan pulak. Susahlah nanti.”



“Oooo....macam tu eh?”

“Yalah.....Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Tetapi manusia zaman sekarang, mudah lupa, lalai...tidak pernah beringat. Sudah terhantuk baru hendak terngadah”

“Wah mendalam maksudnya tu along.”

“Bukan apa dik. Cuba adik lihat zaman sekarang. Kita berada dalam zaman siber. Semuanya bergantung kepada gadjet-gadjet yang memudahkan keperluan kita terutamanya telefon mudah alih. Tidak mustahil perkara yang besar pun kita dapat elakkan . Contohnya, letusan gunung berapi. Jika tidak ada sistem amaran yang mengesanbila  letusan gunung berapi berlaku, alamatnya ramai rakyat yang kehilangan nyawa.”




“Ala, negara kita bukan berada di atas lingkaran gunung berapi malah gempa bumi pun tak ada.”

“Inilah anak muda zaman sekarang. Mudah sangat merasa kesenangan. Kita mana tahu adik, tiba-tiba je gempa bumi berlaku. Bukan along minta gempa bumi berlaku tetapi kuasa Allah mana kita tahu dik. Jika Allah menghendaki sesuatu, maka terjadilah ia tanpa kita sedari.”

“Ia tak ia jugakan. Adik lupa pula. Allah Maha Berkuasa. “

“Ha!! Tau pun. Tapikan adik , sekarang tidak ramai manusia yang suka mengambil langkah berjaga-jaga. Along ingat lagi, ketika along merupakan jawatankuasa pelajar di sebuah kolej kediaman di universiti along dulu. Pengetua kolej kediaman ni merupakan seorang yang sangat dedikasi. Tetapi disebabkan beliau ni perempuan, ramai yang mempertikaikan dedikasinya.”

“Ei....jahatnya orang tu... Semua berfikiran kolot. Lelaki dan perempuankan manusia. Allah tidak pernah membezakan makhluknya.”

“Itu adik yang cakap. Mereka apa peduli. Pengetua ni pernah membuat peraturan tempat letak kereta dan motor. Tetapi semua orang pertikaikan.”

“Wah!! Hebat!! Cool lah pengetua along tu......”



“Memang cool.....pengetua along tu sabar orangnya. Walaupun semua orang kritik dengan peraturan yang dia buat tu....tapi dia tetap dengan keputusannya..along dan kawan along pun pernah cuba berbincang balik agar peraturan tu difikirkan balik.....kami ingat ianya menyusahkan kami...tetapi kami silap..rupa-rupanya ia adalah untuk kebaikkan semua orang......sekarang ni, apa yang along dengar....mereka mempunyai masalah tempat letak kereta yang sangat kronik.”

“Aik....peraturan tu dah dibubarkan ke along?”

“Yup...semasa pengetua baru masuk, peraturan tu dah dibubarkan. “

“ Ooooo...along, alang-alang kita dah bawa payung ni....apa kata kita guna .....panaslah....melecur muka adik.”

“Amboi ! mari along tengok melecur ke tidak muka adik  ni. Tidak ada pun, jerawat je ada.”

“Along ni!!!!”

“ Hehe..hehe...ok-ok...sorry. Bersih je muka adik along ni. Marilah kita pergi kedai, nanti emak tunggu di rumah pulak..”

“Jommmmm!!!!!”






Share:

0 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^