CAP JARI MANUSIA


Kawan-kawan sedar tak, sebenarnya kita mempunyai satu keistimewaan yang sangat besar selain memiliki otak. Apa dia? Cap jarilah. Setiap orang memiliki cap jari yang berbeza. Tiadalah penipuan identitikan? 


Cap jari manusia merupakan pola bekas yang tinggal pada mana-mana permukaan rata oleh kulit timbul pada hujung jari Kulit timbul ini juga dikenali sebagai "rabung dermis" atau "papila dermis". Cap jari mungkin ditinggalkan oleh rembesan biasa (kandungan utama air) dari kelenjar ekrin yang terdapat di kulit timbul tangan, ataupun boleh dibuat oleh dakwat atau bahan cemar lain yang terkena jari dan ditinggalkan pada permukaan yang agak licin seperti kad cap jari.


Cap jari biasanya digunakan sebagai kaedah yang pasti benar bagi mengenal pasti individual secara unik, tetapi ia lebih kepada seni berbanding sains: kebanyakan makmal negeri dan kebangsaan tidak akan melapurkan padanan cap jari sehingga dua pakar merumuskan sedemikian secara bebas.

Asas pengenalan cap jari adalah kekal dan berlainan. Secara teori, sebahagian besar ciri-ciri cap jari ditentukan oleh persekitaran pada tempoh bulan ke-3 dan ke-4 semasa mengandung, dan tidak bertukar. Secara pratikal, parut dan ketuat mampu mengubah sedikit cap jari. Secara popular, tiada dua individual, termasuk kembar seiras, dipercayai memiliki cap jari yang sama. Pada tahun 1892, Sir Francis Galton mendapati bahawa cap jari biasa memiliki 35-50 titik pengenalan ("minutiae") dan kemungkinan dua yang sama adalah 1 dalam 64 bilion. Dengan jumlah penduduk dunia (2006) 6.5 bilion individual (dan dengan itu 65 bilion cap jari), ia mustahil bagi kesemuanya berbeza. Secara pratikal, bagaimanapun, pengenalan biasanya dilakukan berdasarkan 8 hingga 12 minutiae.Menggunakan hanya satu perlima minutae akan mengurangkan potensi jumlah cap jari yang berbeza.

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SAINS CAP JARI

Beribu-ribu tahun sebelum masehi cap jari telah digunakan pada tembikar untuk mengenali pembuat dan jenama tembikar tersebut.Ini telah terbukti apabila terdapat satu penemuan sekeping tanah liat (slap of clay) yang terdapat cap jari berusia 3 ribu tahun telah dijumpai di dalam kubur firaun di mesir.Pada era zaman pemerintahan cina, maharaja cina ketika itu juga menggunakan cap jari sebagai penanda sil (cop) di atas dokumen-dokumen. Sil tersebut diperbuat daripada tanah liat dengan penandaan cap jari di sebelah dan di sebelah lagi tertera nama empunya.Maharaja cina juga telah menggunakan cap jari ini pada dokumen-dokumen yang berkaitan dengan penceraian dan urus niaga ketika
itu.

Sukar untuk menentukan sejarah awal penggunaan cap jari, walaubagaimanapun terdapat pra sejarah dalam penggunaan pengenalan cap jari di mana manusia telah mempunyai pengetahuan cap jari sejak beribu-ribu tahun sebelum masehi.Pengenalan cap jari juga dipercayai telah digunakan pada zaman Empayar Rom iaitu pada tahun 35 sebelum masehi.Di mana seorang peguam bela dengan jayanya telah menyelamatkan seorang kanak-kanak buta yang telah dituduh oleh ibu tirinya membunuh bapanya sendiri.

Peguam tersebut telah berjaya membuktikan satu kesan cap tapak tangan yang terhasil daripada kesan darah yang terdapat pada dinding tempat kejadian iaitu sebuah bilik tidur yang tidak mungkin diletakkan oleh kanak-kanak tersebut.Tetapi kesan itu sengaja dibuat oleh penjenayah sebenar.Sehingga ke hari ini menjadi suatu misteri tiada sesiapa pun tahu bila dan siapa yang mula menggunakan cap jari sebagai identifikasi.

Hasil daripada catatan pengetahuan awal cap jari, maka lahirlah beberapa ahli sains ilmiah barat dalam perkembangan cap jari.Pada akhir abad ke-19 seorang saintis dari England iaitu Sir Francis Galton yang telah menulis secara terperinci berkenaan cap jari dan pada tahun 1892 beliau telah menghasilkan sebuah buku berjudul “Fingerprint”. Beliau telah mewujudkan satu sistem pengkelasan yang melibatkan kesemua sepuluh jari. Pada awal abad ke-20 penggunaan cap jari telah diguna pakai secara meluas ke atas pendakwaan penjenayah di Britain dan Amerika Syarikat. Sistem pengkelasan ini dipanggil sebagai sistem Galton.Hasil daripada ini cap jari telah mula digunakan sebagai tujuan pengenalan individu.

Institusi mengesan dan menyelidik jenayah di Britain yang dikenali Scotland Yard mengiktiraf cap ibu jari sebagai alamat pengenalan individu hanya pada tahun 1902. Badan pengesan jenayah di New York (USA) telah mengiktiraf cap jari sebagai tanda pengenalan diri hanya pada tahun 1903. Sebelum ini terdapat satu sistem pengenalan diri dikenali sistem Bertillon yang direka oleh Alphonse Bartillon (Perancis). Sistem ini memerlukan gambar muka, ukuran panjang dan lebar kepala, panjang kaki kiri, panjang lengan kiri dan panjang jari kecil kiri. Namun sistem ini punya kelemahannya. Pada tahun 1903, terdapat 2 individu mempunyai ciri yang sama bagi kelima-lima sifat berkenaan, iaitu seorang keturunan Negro dan seorang lagi keturunan Caucasian. Pegawai penyiasatan berkenaan amat terperanjat dengan kesamaan ini. Justeru, didapati di seluruh dunia kini, cara mengenalpasti individu secara tepat sekali ialah melalui cap jari.

CORAK ASAS DAN SIFAT JALUR CAP JARI

Bentuk cap jari boleh dibahagi kepada tiga kelas iaitu gegelung (Loops),Lingkaran (Whorls) dan lengkungan (Arches).Daripada kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat seramai 60-65% penduduk mempunyai cap jari jenis Loops, 30-35% penduduk mempunyai cap jari bentuk Whorls dan hanya 5% mempunyai bentuk Arches pada cap jari mereka.




Sifat jalur ialah keganjilan unik yang wujud pada jalur cap jari.Sesuatu cap jari boleh mengandungi beberapa kombinasi sifat jalur ini.Beberapa kombinasi sifat jalur ditunjukkan pada rajah di bawah :

•PENGHUJUNG JALUR
•CABANG
•TAJI
•PULAU
•TASIK
•JALUR MELINTAS
•JALUR PENDEK

Sifat-sifat inilah yang digunakan dalam asas persamaan dalam pengenalan sesuatu cap jari.

Kaedah Analisis Cap Jari

kaedah analisis cap jari ini digelar sains dermatoglifik - iaitu ilmu yang mempelajari pola cap jari termasuk hujung luar derma kulit jari, telapak tangan dan tapak kaki yang sudah wujud selama lebih 200 tahun dalam sejarahnya. ia terus berkembang dalam pelbagai fasa penyelidikan sehinggalah kini ia mampu dianalisa secara biometrik berasaskan genetik (neuro-science).

penemuan ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah Al-Qiyamah  ayat 4, di mana Allah menerangkan bahawa 'Dia telah pun menyempurnakan semua kejadian manusia melalui hujung2 jari'.. benarlah Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia2!

Walaupun teknologi ini awalnya dipelopori Amerika Syarikat terutama dalam mengendalikan kes2 jenayah berprofil tinggi CIA, namun kini ia diperluaskan untuk segala ruang lingkup kehidupan. Malaysia sangat bertuah kerana mempunyai pakar dalam bidang tersebut, selain Singapura di rantau ini. perkhidmatan dengan teknologi terbaru ini disediakan syarikat perundingan, Airborne Discovery Sdn. Bhd yang bertempat di Shah Alam, Selangor. ia dikawalselia oleh panel syariah sendiri iaitu Penasihat dakwah untuk Kerajaan Negeri Selangor, Dr Azahar Yaakob yang juga Pensyarah Pengajian Islam UTM dan diiktiraf Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

AL-QURAN telah menjelaskan bahawa pada hari kiamat kelak, Allah swt akan mengumpulkan kembali segala tulang belulang manusia dari mana sahaja ia berada walaupun tulang itu telah menjadi atom-atom atau habuk yang halus. Dengan hanya berkata Kun Payakun, ‘Jadilah kamu, maka jadilah ia.’ (Surah Yaasin ayat 82) kerana sesungguhnya Allah swt Maha Kuasa.

Untuk menjawab keraguan kafir Quraisy samada Allah swt berkuasa untuk menghidupkan semula seluruh umat manusia selepas mereka menjadi habuk, Allah swt berfirman dalam surah al-Qiyamah ayat 3-4 : ‘Apakah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan (mengembalikan) tulang belulangnya (dan menghidupkannya semula)? Bukan sebagaimana yang disangkakan itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jari jemarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lainnya).

Ayat tersebut di atas menegaskan bahawa bukan sahaja Allah swt berkuasa untuk mengumpulkan tulang belulang umat manusia, bahkan lebih dari itu. Iaitu Allah swt berkuasa untuk membuat semula hujung-hujung jari mereka siap dengan kulitnya seperti sediakala.




Share:

0 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^