Diri Sendiri
Assalamualaikum.......
Kawan-kawan pernah terfikir tak bahawa diri kita ini sangatlah berharga. Allah meminjamkan tubuh ini kepada kita supaya kita lebih dekat kepada-Nya. Malah lebih mencintainya. Perlu jaganya dengan baik. Hadiahkan. Mestilah jaga dengan baik kan. Adakah kawan-kawan terfikir? Diri kita ini sangatlah istimewa. Ada akal, ada mata. telinga, mulut, tangan, kaki, hati dan banyak lagi organ yang dipinjamkan. Banyak kegunaannya tau. Contohnya, akal untuk berfikir. Telinga untuk mendengar. Mulut untuk makan dan minum, bercakap. Rasa-rasanya, semua kawan-kawan dah tahukan.
keindahan akal hadiah daripada Allah
Kemahiran yang sedia ada dalam diri kita bukan juga bersandarkan kepada kepakaran semata-mata tetapi juga kurniaan Allah. Alangkah indahnya kita betul-betul menyedari hal ini kan. MasyaAllah, besarkan kawan-kawan. Tetapi, kecil sangat kita ni. Kerdil sungguh. Ada ke kita fikir hal ini yek? Kadang-kadang lupa pun ada. Sejauh mana cantiknya diri kita, ianya tetap kembali kepada Allah. Kan sudah dikatakan pinjaman. Mati kita pun bukan boleh bawa kecantikkan yang ada. Makanya, kita akan kembali ketanah jua. Tempat asal kita diciptakan oleh Allah. Manusia kan dicipta daripada tanah. INGAT tu!!!!!!
sekian,
Tags:
Motivasi
0 comments