KOMUNIKASI


Komunikasi? Apa yang kawan-kawan faham mengenai dengan komunikasi. Komunikasi menurut kamus Dewan Bahasa ialah perhubungan (secara langsung) atau dengan perantaraan surat, radio, telefon dan sebagainya“.Komunikasi bertujuan untuk menyampaikan sesuatu pandangan dan buah fikiran, meluahkan perasaan dan pendapat serta berkongsi permasalahan dan menyelesaikan masalah. Sayangnya, zaman sekarang, komunikasi semakin luntur dek di telan zaman. Semuanya bergantung kepada sentuhan teknologi masa kini.

Komunikasi yang baik membantu kita dalam kehidupan seharian. Manakala komunikasi yang kurang baik membantutkan perhubungan persaudaraan. Bilakah komunikasi bermula? Kita mula berkomunikasi sejak kita berada di dalam rahim ibu lagi. Biar betul? Macam mana tu?Semasa kita berada di rahim ibu kita, orang yang benar-benar dekat dengan kita sudah tentulah ibu kita. Ibu kita akan sentiasa berkomunikasi dengan cara mereka tersendiri, agar kita akan menerima satu sentuhan yang begitu mendalam. Merasa apa yang ibu kita rasa. Maka, tendang menendang berlaku.


Setelah anak lahir dan semakin membesar, anak diajar bercakap. Bermula dari huruf A sehingga huruf Z. Semakin lama ibu bapa mengajar bercakap, semakin petah berbicara, semakin mudah untuk berkomunikasi antara ibubapa dengan anaknya. Kemudian, anak dihantar ke sekolah. Komunikasi semakin membesar apabila anak-anak melangkah kaki ke alam persekolahan. Bertemu dengan rakan-rakan baru dan guru-guru. Bermula dari taska, kemudian ke sekolah rendah dan sekolah menengah. Komunikasi kian membesar apabila kaki melangkah ke alam universiti.

“Kau tidak guna facebook ke? Senang engkau nak berkomunikasi dengan orang jauh.”

“Lina, nampak tak telefon bimbit aku. Susahlah aku nanti.Macam mana  telefon mak dan ayah di kampung jika tidak ada telefon.”

Teknologi masa kini semakin gah menuju puncak. Menyatukan persaudaraan jauh, memudahkan urusan dan mengembangkan ilmuan. Akan tetapi, jika disalah guna, binasalah hidup kita. Komunikasi diperlukan dimana sahaja kita pergi. Jika kita terlalu bergantung dengan teknologi masa kini,komunikasi akan lenyap begitu sahaja. Jangan sampai nikah pun guna internet sahaja. Huhuhu....

Komunikasi yang baik membantu memulihkan hubungan. Gunalah bahasa-bahasa yang indah agar komunkasi berjalan dengan lancar. Bukan itu sahaja, adab ketika berkomunikasi haruslah dijaga. Jangai sesedap mulut je berbicara.

Berikut adalah beberapa etika dalam berkomunikasi antara manusia dalam kehidupan seharian.

1. Jujur dan tidak berbohong
2. Bersikap Dewasa serta matang.
3. Mempunyai sifat yang terbuka dalam berkomunikasi
4. Menggunakan panggilan yang bersesuaian kepada seseorang individu
5. Menggunakan bahasa yang efektif dan efisien
6. Tidak terlalu emosional dalam sesuatu perbincangan
7. Berinisiatif sebagai pembuka bicara
8. Berbahasa yang baik, ramah dan sopan santun
9. Memakai pakaian yang bersesuaian dengan keadaan atau tempat.
10.Mempunyai tingkah laku yang baik.

Contoh Teknik Komunikasi Yang Baik

1.    Menggunakan kata dan kalimat yang baik menyesuaikan dengan lingkungan
2.    Gunakan bahawa yang mudah dimengerti oleh lawan bicara
3.    Menatap mata lawan bicara dengan lembut
4.    Memberikan ekspresi wajah yang ramah dan murah senyum
5.    Gunakan gerakan tubuh / gesture yang sopan dan wajar
6.    Bertingkah laku yang baik dan ramah terhadap lawan bicara
7.    Memakai pakaian yang rapi, menutup aurat dan sesuai sikon
8.    Tidak mudah terpancing emosi lawan bicara
9.    Menerima segala perbedaan pendapat atau perselisihan yang terjadi
10.  Mampu menempatkan diri dan menyesuaikan gaya komunikasi sesuai dengan karakteristik lawan bicara.
11.  Menggunakan volume, nada, intonasi suara serta kecepatan bicara yang baik.
12.  Menggunakan komunikasi non verbal yang baik sesuai budaya yang berlaku seperti berjabat tangan, merunduk, hormat, ces, cipika cipiki (cium pipi kanan - cium pipi kiri)

Si suami apa lagi, gunalah teknik komunikasi yang baik agar si isteri tidak terbeban dengan kerja rumah dan mudah untuk memujuk si isteri yang sedang merajuk.

Si ibubapa pula, apa lagi... gunalah teknik komunikasi yang baik agar anak-anak memahami apa yang disampaikan oleh ibu bapa.

Si sahabat...apalagi, gunalah teknik komunikasi yang baik agar perhubungan persahabatan berpanjangan.




Tags:

Share:

0 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^