CERITA 17 JUN
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua..
Hari ini hari Ahad,
hari-hari ku rasakan seperti hari Ahad. Huhuhuhu......rumah orang kahwin lagi.
Rasanya, bulan 6 ni penuh dengan kenduri kahwin je....Saya kahwin? InsyaAllah,
jodoh Allah yang tentukan. Hari ini, saya tidak berniat untuk berkongsi apa-apa
pandangan malah ilmuan tetapi hari ini saya ingin bercerita kepada kawan
tentang seseorang yang saya jadikan sebagai idola.
Dia....dia seorang yang
adakalanya cakap tidak serupa bikin. Sering sahaja mengingat saya untuk
membantu kemas rumah, tetapi
DIA jarang kemas rumah melainkan dia tinggal seorang di rumah. Pernah sekali
tu, dia mengingatkan saya untuk membasuh pinggang mangkuk selepas makan. Maka
saya pun menjawab “Ya”. Selepas makan, saya pun basuhlah pinggan. Tetapi apa
yang saya lihat, dia ni langsung tidak pernah basuh pinggan. Letak je atas
singki. Sekali dua, tidak mengapa lagi, bila dah banyak kali..tidak ke geram
namanya. Sabar jelah....
Banyak lagilah jika nak
ikutkan....memang geram..kadang-kadang bila niat jahat datang, saya buat endah
tak endah je. Jahat kan saya...Isy..isy terukkan saya..tapi bila difikirkan,
tidak baik saya buat dia begitu..... Dosa tau!!!mengucap panjang. Tapi, bila
difikirkan balik, mana taknya kekasih hati DIA mengamuk dan cepat marah,
sebab skiap DIA mengalahkan budak umur 10 tahun...sabar jelah..Bila cakap ,
nanti kata “susah betul nak tolong”....sabar jelah
Tetapi, banyak-banyak
perkara DIA lah paling penyabar orangnya. Dan suka nasihat-menasihati.
Adakalanya suka ulang benda yang sama sampaikan saya dah tidak larat mendengar.
Cukuplah sekali, saya dah faham dah. Huhuhu...Walau apapun, DIA tidak mudah
melenting. Bila kekasih hati dia marah, DIA biarkan kekasih hati dia sejuk je
dulu.
DIA bukannya alim
sesangat, cukup sekadar sederhana sahaja. Biasalah, manusia. Ada baik, ada
buruk. Betul tak...
Siapa DIA yek? DIA yang
saya maksudkan adalah ayah saya. ZAINUDIN BIN KASSAN. Terima Kasih ayah. Banyak
perngorbanan yang ayah telah lakukan. Tidak terbalas segala jasa ayah yang
terlalu banyak, TIADA AYAH DAN EMAK, TIADALAH ALONG DAN ADIK-ADIK ALONG NI.
SELAMAT HARI BAPA., ayah ku sayang....
Tags:
Keluarga
0 comments