KETAWA MENGURANGKAN TEKANAN?
Ketika kita menjalankan
kehidupan seiring dengan era pembaharuan, kita mungkin mengalami tekanan yang
berpanjangan. Jika jasmani tidak disulamkan dengan rohani maka terjadilah
adegan teriak-meneriak, hunus-menghunus, tampar-menampar dan pelbagai lagi.
Macam dalam drama pulakan. Bukankah dalam drama skrip sudah tersedia. Tetapi
dalam kehidupan realiti, skrip mana ada di tangan kita untuk dihafal. Ianya
terjadi dengan sendiri.
Apabila tekanan menjalar
dalam diri, kita mungkin memerlukan sesuatu yang dapat mengurangkan tekanan.
Betul ke tidak? Sebagai contoh, melihat cerita komedi ke,berjalan-jalan ke. Lain
orang, lain caranya. Adakalanya, ketawa juga dapat mengurangkan tekanan. Seikit
demi sedikit, tekanan itu akan digantikan dengan ketawa.
Ketawalah selagi kita boleh ketawa tetapi janganlah kita melebihi batas ketawa. Setiap perkara termasuk ketawa ada batas-batasnya. Jika kita ketawa terbahak-bahak sampai menganggu orang lain, ia boleh mendatangkan kemarahan. Tidak baik kita pentingkan diri sendiri semata-mata untuk mengurangkan tekanan. Kita juga harus berfikir tentang keadaan orang lain mungkin mereka pun menghadapi tekanan.
Ketawa merupakan satu
perasaan manusia tetapi harus berpada-pada. Islam tidak membebankan malah
meringankan. Cumanya, manusia sering menjadikan alasan Islam itu meringankan
untuk melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir panjang akan akibatnya.
Menurut Dr Yusof Qardhawi,
"Sesungguhnya, tertawa itu termasuk
tabiat manusia. Binatang tidak dapat tertawa kerana tertawa itu datang setelah
memahami dan mengetahui ucapan yang didengar atau sikap dari gerakan yang
dilihat, sehingga ia tertawa kerananya." Melihat kepada pendapat di
atas, hukum tertawa adalah boleh. Islam tidak melarang seseorang itu untuk
berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa.Contohilah Rasulullah s.a.w yang mempunyai keperibadian yang
tinggi bukan sahaja dalam berdakwah, malah ketawa pun ada nilai estetikanya.
Rasulullah ketawa dengan
hanya melontarkan senyuman yang menarik. Tidak menyakitkan malah mendamaikan.
Rasulullah hanya tertawa apabila ianya berhubung dengan kebenaran. Apabila
Rasulullah tertawa, baginda tidak menampakkan lelangitnya atau sehingga
bergoyang badannya atau tubuhnya miring. Malah Rasulullah tertawa bukan hal
yang sia-sia atau permainan semata-mata atau hanya sekadar untuk mengisi waktu
lapang.
* Ada riwayat yang
meunujukkan bahawa kebanyakan ketawa Baginda ialah dengan tersenyum, dan
apabila Baginda ketawa, Baginda ketawa seperti embun yang dingin. Sementara
itu, ada juga riwayat yang menyebut bahawa Rasulullah ketawa dengan tidak
menunjukkan gigi.
Tidak pula masa kini. Pelbagai
rancangan yang menerbitkan lawak jenaka yang adakalanya tidak memberi satu
manfaat yang berguna (penulis pun tengok juga, tetapi tidak selalulah). Bukan menidakkan mana-mana rancangan di kaca tv. Lebih
baik kita buat al-Kuliah daripada rancangan entah apa-apa kan? Ada ke orang nak
tengok? Ada ke orang nak dengar? Sebab itulah, kita harus bijak memancing orang
dengan menyelitkan jenaka yang tidak keterlaluan agar mereka tertarik untuk
melihatnya.
Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya:
“Dari Abi Hurairah, Rasulullah SAW
bersabda: Janganlah kamu banyak ketawa kerana sesungguhnya banyak ketawa itu
mematikan hati.”
(Hadis riwayat Al-Imam At-Tirmidzi)
Janganlah berlebihan dalam bergurau senda sehingga menyebabkan
ada orang terasa dirinya diaibkan atau dijadikan misalan sehingga memalukan
dirinya.
Sebaliknya, gurau senda dijadikan salah satu cara
menghiburkan hati yang lara atau menyenangkan orang berduka.
Tetapi perlu diingat, gurau senda itu mestilah berkenaan
perkara yang benar.
Sedarlah bahawa gurauan, sekalipun kita mahu atau tidak,
boleh menyebabkan seseorang mendapat pahala atau dosa.
Nabi
SAW bersabda,
Maksudnya : Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia!!!
Maksudnya : Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia!!!
Jika kita ketawa hanya sekadar sia-sia sahaja, lebih baik kita buat sesuatu yang lebih bermanfaat kerana ketawa boleh mendatangkan bahaya. Semakin hilai ketawa, Iblis semakin menghampiri, semakin tersenyum, semakin gembiralah si Iblis.
“ Ada aku kisah. Aku nak
ketawa ke nak senyum ke. Aku punya kehidupan.”
MasyaAllah, dalam
kehidupan kita ada adab. Begitu juga dengan ketawa. Lebih manis jika kita
kurangkan ketawa tetapi melebihi senyuman. Sebesar mana tekanan yang kita
perolehi, setinggi mana masalah yang kita temui; senyum adalah cara yang
terbaik ketika menghadapinya.
Muhasabah diri apabila
kita berhadapan tekanan atau masalah. Mencari jalan penyelesaian itu dengan
bertanya kepada mereka yang lebih banyak pengetahuan dan berilmuan. Orang tua
yang sudah merasa asam garam dalam kehidupan pun, kita boleh rujuk. Tidak
salahkan? Kita tidak perlu terlalu ego dengan diri kita. Banyak cara yang boleh
kita lakukan untuk mengurungkan tekanan asalkan ianya tidak mendatang sebarang
kemudaratan.
Tags:
Renungan
0 comments