Apa itu interview? Interview? Interview tu English la cik oiii!!!! Temuduga. Maaf. Temuduga ialah pertayaan dan jawapan majikan dengan permohonan kerja.(Kamus Dewan Bahasa edisi 4)
Ketika temuduga, macam-macam perasaan keluar. Takut, gemuruh, gementar dan macam-macam lagi perasaan timbul. Masuk tandas entah berapa kali. Yang menjadi mangsa tandas. Penangan temuduga.
Orang tua-tua selalu berpesan, sebelum melangkah, selawat 3x dan berdoa kepada Allah agar dipermudahkan urusan. Masa temuduga je ke baru berdoa? Itulah manusia. Apabila keadaan terdesak baru nak ingat Alah. Berusaha dahulu sambil disulami tawakal. Hati harusnya pahat dengan nama Allah. Betul tak?
Bagaimana agaknya temuduga berkaitan solat? Bagi sesiapa yang cukup solat, Alhamdulillah. Bagi sesiapa yang kurang solat, nak jawab apa masa temuduga? Jadi, marilah kita sedaya upaya cukupkan solat 5 waktu. Bukan sedaya upaya tapi WAJIB cukupkan solat.(Ingatkan diri sendiri)
" Wanita ibarat bunga ros. Cantik, ayu, menawan tetapi jika sering dipuji, dipuja, ianya akan memakan diri sendiri."
"Oooo......jadi tidak boleh cantiklah?"
"Bukan tak boleh, tetapi bersederhana. Cantik dalaman lagi baik. Contohnya, solat, baca al-Quran, hormat orang tua, belajar rajin-rajin, jadi anak yang soleha, dengar kata ibubapa dan senyum. Senumkan satu sedekah. Selalu memakai tudung. Bukan tutup kepala je."
"He...he....em...jika buat semua tu, boleh jadi cantik ke?"
"Isy, adik ni. Lakukan semua tu kerana Allah dan ikhlaskan kerana-Nya."
"He..he..he..."
"Jadi, jadilah bunga ros yang cantik dimata Allah."
Cetusan idea bila-bila je boleh datang. Masa tidur ke, jalan-jalan ke, masa makan pun boleh datang. Tiba-tiba terasa nak menyibukkan diri. Isy..isy ....macam-macam hal. Apalagi, terus capai sebatang pensel dan buka buku lukisan. Lukis jelah apa yang terlintas.
*
*
*
*
Apa kene
mengena dengan semua ini?
*
*
*
*
*
*
*
oooo...Baner baru......Bawah ni apa pula?
*
*
*
*
*
*
ooooo..Kartun. Kartun?
*
*
*
*
*
*
*