NAZAR ABDUL MUTTALIB : MENYEMBELIH SALAH SEORANG ANAKNYA


Abdul Muttalib mempunyai 10 orang anak lelaki dan enam orang anak perempuan. Antara anak-anak lelakinya adalah Abbas dan Hamzah. Mereka adalah orang yang masuk Islam di kalangan anak-anak Abdul Muttalib.  Manakala anak-anak yang mati sebelum kedatangan Islam ialah Abdullah iaitu Muhammad, Hijin, Dhirar, Muqaddam, Zubair dan Harith. Anak-anak perempuan Abdul Muttalib ialah Sofiyah, Ummu Hakim, Atikah, Umaimah, Arwa dan Barrah.

Abdul Mutalib bernazar kepada Tuhan, jika dia dikurniakan 10 orang anak lelaki, Abdul Mutalib akan mengorbankan salah seorang anak mereka. Peristiwa ini berlaku selepas Abdul Muttalib mengali Zamzam. Ketika Abdul Muttalib mengali Zamzam, orang Quraisy menghalangnya. Hanya anaknya Harith yang mempertahankannya. Selepas Quraisy mengakui Zamzam kepunyaan Abdul Muttalib, Allah mengabulkan doanya. Allah mengurniakan 10 orang anak lelaki kepada Abdul Muttalib.


Abdulullah merupakan anak kesepuluh Abdul Muttalib. Apabila Abdulullah dewasa, dialah anak yang paling disayangi. Apabila Abdul Muttalib melakukan tawaf di Kaabah, kesemua anak lelakinya yang gagah perkara mengikuti dibelakangnya. Abdul Muttalib bersyukur kepada Allah dan dia perlu melakukan nazarnya. Abdul Muttalib berjumpa dengan Kahin iaitu seorang pendeta Kabah untuk membuat undian kepada anak-anaknya yang bakal dijadikan korban. Walaubagaimanapun, Abdul Muttalib berharap undian tersebut tidak terkena pada Abdullah. Tetapi undian tersebut terkena kepada anak kesayangannya. Dengan berat hati, Abdul Muttalib nekad melaksanakan nazarnya.

Abdul Muttalib membawa anaknya, Abdullah berdekatan dengan Isaf untuk disembelih. Walaubagaimanapun, Quraisy cuba menahan Abdul Muttalib melakukan pergorbanan tersebut. Tetapi, Abdul Muttalib tetap berkeras dan menyebabkan berlaku kekecohan sehingga menyebabkan kepala Abdulullah terluka.

Quraisy memujuk Abdul Muttalib, “ Wahai Abdul Muttalib, engkau ketua Mekah, kalau engkau sembalih juga anak engkau, hal ini nanti akan menjadi ikutan, menjadi tradisi kepada Arab, siapa yang mendapat sepuluh orang anak lelaki kene sembelih salah seorang daripadanya. Ini hal yang berat dan menghilangkan kebahagian. Kalau masing-masing menyembelih anak lelaki sendiri, di mana kebahagiaan lagi. Tolong jangan buat wahai Abdul Muttalib, nanti menjadi ikutan.”

Tetapi Abdul Muttalib sudah bernazar dan dia mesti menunaikan nazarnya. Akhirnya, dia merujuk pada pendeta suku Saad. Pendeta ini bertanya berapa ganti rugi kepada orang yang dibunuh bagi seorang lelaki yang merdeka pada Quraisy. Mereka berkata 10 ekor unta betina. Pendeta berkata kalau begitu buat undian antara Abdulullah dan 10 ekor unta betina. Jika undian terkena pada Abdulullah tambah lago 10 ekor unta sampailah undian terkana pada unta betina.

Apabila dibuat undian terkena pada Abdulullah, ditambah 10 ekor unta lagi. Undi lagi, terkena lagi pada Abdulullah, ditambah unta lagi. Begitulah sampai 100 ekor unta, baru undi terkena pada unta. Pada masa itu, Abdul Muttalib meminta diulang lagi undian bagi memastikan memang undian terkena pada unta. Tiga kali diulang undian, memang ia terkena pada unta.

Abdul Muttalib menyembelih 100 ekor unta sebagai ganti kepada anak kesayangannya Abdulullah ayah Muhammad. Oleh itu, Muhammad ada menyebut, “Aku ini anak kepada dua orang yang hendak disembelih.” Yang pertama Ismail dan yang kedua Abdulullah ayah Baginda.


*Isaf= nama salah satu berhala yang terletak di Kabah
*Kahin : Pendeta agama ; dalam bahasa Hebrew Kohen, iaitu tokoh agama yang dijadikan sumber rujukan dalam bidang agama, dipercayai mampu mendatangkan keselamatan dan menghindarkan malapetaka.

(“Biografi Muhammad Bin Abdullah:Perjalan Hidup seorang Nabi , Zulkifli Mohd. Yusoff dan Nor Naemah Abd. Rahman, 2006, PTS ISLAMIKA SDN. BHD, m/s 22 hingga 24)

Share:

0 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^