Rama-rama
Singgah sana menanti,
membawa satu persoalan mimpi,
dikau berterbangan sepi,
mengalunkan keindahan diri,
memanjangkan kebebasan diri.
Kelihatan along dan adik duduk di taman melihat keindahan panorama yang penuh
dengan bunga-bunga dan rama-rama yang cantik. Adik pun bersuara
memecahkan kesunyian yang menjalar di jiwanya.
"Along...rama-rama tu cantik...."
"Ye.. dik. Sangat cantik....tetapikan dik rama-rama itu sentiasa sedih "
"Kenapa pulak along... buat apa nak sedih....rama-rama boleh terbang...adik nak tangkap pun tak boleh..."
"Disebabkan rama-rama itu boleh terbanganlah, rama-rama itu sedih..."
"????...adi tak faham lah along...."
"Adik....kecantikkan kepaknya dan kehebatan sayapnya adalah anugerah Allah .....Rama-rama juga merupakan makhluk Allah..."
"Em.....Allah itu Baik hati kan along, sebab bagi kepak dekat rama-rama...tapi rama-rama tak ada otak..macam kita"
Along tersenyum mendengar kata-kata daripada adiknya.
"Adik..setiap
makhluk yang diciptakan oleh Allah ada kelebihannya. Kita ada
akal..tapi kita tidak ada kepak macam rama-rama...Adik, kepak itulah
yang membuatkan rama-rama itu sedih. Kenapa? setiap kali dia terbang,
dia akan melihat seluruh kehidupan manusia daripada atas. Segala sifat
baik dan buruk manusia, dia dapat lihat. "
Along menarik nafas dan mengatur percakapan agar adiknya memahami apa yang along ingin sampaikan.
"Adik,
rama-rama sedih kerana melihat ketandusan bumi yang semakin lama
semakin dimamah usia yang diciptakan oleh manusia itu sendiri. Manusia
melahirkan usia kepada bumi yang semakin reput tanpa kerelaan bumi.
Adakah adik merasa panas walaupun malam telah menjengah?"
Sambil menjawap adiknya menunjukkan jarinya 5.
"Ha'a...panas sangat along...kadang-kadang adik kene pasang kipas no.5."
"Itulah
kesannya atas perbuatan manusia yang rakus. Sebab itulah
rama-rama sedih. Bukan itu sahaja, rama-rama turut menangis atas
perbuatan manusia yang semakin kehilangan agama."
"Eh...kenapa pulak along?"
"Baik along."
"Jangan berjanji sahaja tetapi berdoa kepada Allah agar kita dapat melindungi agama kita."
"Along, adakah rama-rama itu masih sedih lagi?"
"Ye, dik. Setiap kali rama-rama itu berterbangan, dia sentiasa melihat penderitaan manusia yang sering ditindas oleh mereka yang tamak haloba. Lihatlah dik, Dunia Palestin, Iraq dan Lubnan. Kanak-kanak disana tidak seperti kamu. Menerima kenikmatan yang tidak terhenti-henti. Mereka disana tidak diberi ruang untuk menerima keamanan untuk pergi menuntut ilmu. Tetapi dik, mereka diberi nikmat jihad yang lebih besar daripada kita iaitu menjaga agama mereka dengan nyawa mereka. Tetapi, kita disini bagaimana? Ada yang menjual agama mereka dengan sewenang-wenangnya. Bersyukurlah kita dengan sebaik-baiknya."
"Along, adakah manusia itu terlalu kejam?"
"Tidak. Tetapi manusia itu yang menjadikan dirinya kejam."
"Kenapa pula?"
"Allah menciptakan manusia sebaik-baik makhluk ciptaan-Nya. Allah memberi akal untuk kita berfikir tetapi manusia itu sendiri tidak pandai menggunakannya. Kita adalah hamba yang hina tetapi kita yang bongkak dengan segala apa yang dikurniakan. Sebab itu rama-rama sedih kerana keistimewaan yang kita ada, kita tidak pernah menggunakan sebaik-baiknya. "
"Along...adik tak nak buat jahat dah."
"Kenapa pula? Apa yang adik telah buat?"
"Adi tak buat apa-apa cuma tadikan adik berniat untuk menangkap rama-rama itu..Adik tidak mahu meragut kebebasan rama-rama itu. Adik tidak mahu menjadi manusia yang tidak tahu bersyukur."
Along yang medengar kata-kata adiknya tersenyum kerana apa yang disampaikan memberi kesan kepada adiknya.
"Tak mengapalah. Adik sudah sedar atas apa yang adik lakukan. Sudahlah, sebentar lagi emak dan ayah akan pulang. Mari pulang ke rumah."
"Baik along."
p/s: nukilan daripada saya sendiri. Agar kita dapat berfikir apa sebenarnya yang berlaku kepada kehidupan kita. (Nukilan asal ini saya post di blog SINI , iaitu blog pertama saya dan perbualan nya antara ibu dan anak.Makanya saya convert ke blg kedua ni dan tukar kepada perbualan along dan adik)
0 comments