CINTA KITA MAHAL TAU!!
Bismillahirrahmannirrahim.....Assalamualaikum......
Siapa pernah bercinta?
Tak pernah?
Kesiannnnn sesangat...
Bermakna,
kamu tak pernah bercinta dengan Allah, bercinta dengan Rasulullah,
bercinta dengan ibu ayah, bercinta dengan adik -beradik. Ke kamu ingat
bercinta antara lelaki dengan perempuan? Cetek bebenar pemikiran kamu tu
yek......ishhh..tidak baik berfikiran macam tu tau....
Semalam,
rumah saya tiada elektrik. Saya cuba muhasabah diri dengan membaca
beberapa lembaran helaian buku yang berjudul "Kembara Hamba Mencari
Cahaya"...sangat sesuai bagi mereka yang ingin betul berubah dan mencari
cinta yang sebenar, memahami erti kehidupan yang harmoni dengan
menyelami pengembaraan oleh seorang yang khilaf seperti kita yang cuba
merungkaikan kehidupan manusia dengan syariat Islam. InsyaAllah....
Siapakah
beliau...?Beliau yang mengarang hasil daripada pengembaraannya ialah
Hilal Aysraf..senang faham tau..tak payah pening kepala nak
memahaminya......siap ada laman web lagi iaitu www.langitilahi.com hasil daripada pembacaan saya, beliau juga sentiasa bercinta, saya jugak, kamu pun begitu. Tidak betul ke? Betullah.....
Cinta....Mungkin
sesetengah mengatakan cinta itu Indah. Betul. Cinta itu mulia. Betul.
Cinta itu aman. Betul. Cinta itu cantik. Pun betul. Bagaimana pula cinta
itu buta? Salah. Mengapa? Baikaah, jika cinta itu buta, ini bermakna
cinta kita kepada Allah, cinta kita kepada Rasulullah dan cinta kita
kepada Ibubapa pun butalah. Alahai, kesian cinta itu. Sudahlah cantik
tetapi dikatakan pula buta.
Kita ini bagaikan mudah
untuk mentafsirkan cinta, sedangkan cinta itu penuh dengan cahaya
Illahi. Tetapi apa yang kita dapat? Nak merasa pun belum tentu dapatkan?
Kita juga mudah memberi cinta kepada yang belum layak menerimanya.
Sedangkan cinta selayaknya ialah Cinta kepada Allah. Cinta Hakiki. Cinta
yang paling kekal. Cinta kita akan sentiasa menguntum apabila memberi
cinta kepada yang selayak-Nya, InsyaAllah Allah akan membeli cinta kita
dengan harga yang mahal. Lah sudah..apa yang berlaku pulak ni? Ada
sistem jual beli pulak. Cinta mana boleh dijual? Eh..boleh...siapa kata
tidak boleh.
Cinta mahal yang saya maksudkan ialah
cinta kita, cinta yang ada dalam diri kita. Kita tidak seharusnya
sewenangnya menyerahkan cinta dengan harga yang murah. Kelak durjanah
yang menimpa. MasyaAllah, mudah-mudahan dijauhkan. Cinta murah ini
seperti debu -debu ditelapak tangan. Apabila ditiup angin, hilang entah
kemana.....Susah untuk dikembalikan. Mulalah, hati gundah, hati sakit,
hati bagai ditusuk sembilu, hati ditusuk duri..sebab apa? sebab kita
mudah menjualkan cinta dengan harga yang murah.
Rasulullah
SAW sendiri ada menyebut tentang cinta dimana cinta ini akan
menyebabkan bilangan mukmin yang ramai hanya seperti buih-buih lautan.
Saya
pernah bercinta, tetapi ianya sementara. Bukan cinta itu yang saya
cari, yang saya idamkan. Akhirnya, saya cuba memberi dan mengejar cinta
yang hakiki. Cinta itu yang membuatkan saya semakin senang untuk
berfikir, semakin senang untuk memahami, InsyaAllah. Bagaimana dengan
anda? senangkah cinta anda yang sekarang ini? Banyak masalah tak? Anda
sendiri yang tahu jawapannya.
Cinta yang dikatakan
mudah menerima sentiasa menjerat naluri dan jiwa manusia. Semudah itu
juga menjerat manusia kelembah kehinaan. Cinta manusia yang hanya
bertapakkan tiang yang hampir dimakan anai-anai, menunggu masa untuk
roboh. Mana tidaknya, apabila orang nak beli cinta, kita tawarkan dengan
harga yang murah. Tetapi kita jangan terlalu alpa, cinta dengan harga
yang murah itu belum tentu indah belaka, maka berlaku tolak menolak dan
adegan pementasan umum. Penuh dengan selingkoh dan dusta kan?
Cinta
kita kepada selayak-Nya. Cinta kita kepada Illahi. Cinta itu,
InsyaAllah akan dibeli dengan harga yang mahal sekiranya kita tabah dan
redha dengan cinta Illahi, bermujahadah dan bertarbiyah dengan-Nya.
InsyaAllah, kelak harganya Tinggi dengan Syurga yang menanti. Tidak
semurah cinta duniawi. Manakah yang anda mahu? cinta murah? cinta mahal?
Ayuhh..mari kita pilih cinta yang mahal..kelaK bahagia selamanya.
InysaAllah....
sekian,
0 comments