Resepi Kupang Masak Kicap
Bismillahirrahamannirrahim.
Assalamualaikum semua. :)
Semalam, sebelum pergi kerja, sempat lagi Erna memasak lauk Kupang. Balik kerja, tak perlu Erna terkial-kial nak memasak. En.Husband tolong panaskan lauk je. Lauk yang Erna masak ialah Kupang masak Kicap. Asalnya nak masak sambal. Tapi fikir makan berkering pulak. Memandangkan En.Husband kene kurangkan makan pedas dan sememangnya En.Husband tak kuat pedas. Opss!!! terkantoi pulak. Hahaha....Sejak kahwin dengan kita jek, dia dah kene makan pedas. Hahaha...Resepinya sangat mudah.
Bahan-bahan :
- 500 gram kupang - Erna beli kat pasar yang dah siap buang kepah dia. Jika beli yang siap dengan kepahnya, rebus dulu kemudian amik isinya sahaja.
- 2 cam Halia - Hiris
- 1 Labu bawang besar - Di potong mayang
- 3 Ula bawang putih - Hiris
- 4 biji cili padi - ketuk. Nak pedas lagi, tambah cili.
- 5 sudu besar kicap
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar gula
- 1 cawan air
- Lobak merah - potong ikut suka.
- Garam secukup rasa.
- Fishcake. *Tak nak letak pun boleh
Cara-Cara :
- Tumiskan bawang besar, putih dan halia. Biarkan hingga naik bau.
- Masukkan kupang, lobak merah dan fishcake. Kacau sebentar.
- Masukkan Kicap, sos tiram, sos tomato.
- Masukkan air dan biarkan mendidih sebentar.
- Perasakan dengan gula dan garam. Masak sehingga rasa seimbang antara manis dan masin.
- Dah siap! Bolehlah hidang yek.
Senang je. Selamat mencuba!
Tags:
Food
16 comments
sedapnyer....tapi Sal takleh makan seafood dah.....
ReplyDeletealahan yek?
Deletewahhh nampak menyelerakan nih...
ReplyDeletememang sgt sedap. cuba lah.
DeleteSalam jumaat, nampak sedap resepi ni..follow sini, jemput ke blog saya ya :)
ReplyDeleteSedap. Apa pun blh masak kicap kan? Tq.:)
DeleteInsyaAllah saya akan singgah.
Sedapnyaaaa....masak kicap... singgah follow sini... :)
ReplyDeleteTq..:)
DeleteNmpak sedap!
ReplyDeleteEna singgah ye,Done follow
TQ.. :)
DeleteLama dah tak makan kupang. Masak kicap! Yummmyyyy!
ReplyDeleteKita pun sama...ade rezeki....tu yg masak tu...
Deletesedapnyaa
ReplyDeleteKan..? mmg sedap
Deleteboleh dicuba ni...
ReplyDeletepsssttt thanks join segmen nak url blog #17. blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2015/08/senarai-url-blog-17.html
Cuba kak...jgn tak cuba...
Delete