Rezeki Berkahwin
Bismillahirrahamannirrahim.
Assalamualaikum semua. :)
2 bulan lebih dah Erna hidup sebagai seorang isteri bersama jejaka yang Erna gelarkan sebagai En.Husband. Hahaha...Ironinya, En.Husband ni tak kisah pun kita gelarkan dia En.Husband dalam artikel Erna. Kannn??
Alhamdulillah, selama 2 bulan ni, macam-macam keletah, perangai dan emosionalnya kami. Baru 2 bulan. Belum 20 tahun lagi yang sudah beranak pinak kan. We still in learning process. Menerima seadanya pasangan kita. Baik kelemahan dia dan kebaikkan dia.
Sometimes, I am more to emotional. Kesian En Husband. Orang kata perubahan hormon kot. Tapi Erna akan sentiasa mengawal dan cuba untuk tidak menjadi seornag isteri derhaka dan menjaga hati seorang suami. Cewahhhh!!! Betulla. Masing-masing masih bekerja. En.Husband? Of coursela. Wajib bekerja. Tak kisah lah gaji kecik atau besar tapi bukan RM2.6 billion. Hahahaha. Dalam masa yang sama, kita akan baiki kehidupan kita dari sehari ke sehari.
Alhamdulillah, kami cukup makan dan pakaian. Bersyukur sangat-sangat. Betullah kata orang, berkahwin ini rezekinya sentiasa ada. Walaupun bukan bertambah-tambah tapi sentiasa ada untuk mencakupi segala kekurangan. Bila rasa kering, selang 2,3 hari pasti ada yang mendatang. Sungguh, Allah Maha Pemberi Rezeki.
Berusaha dan bertawakal tu adalah perlu dalam rumah tangga. Pernah seketika, kami kebuntuan untuk membayar insurans kereta, tapi Allah hadirkan jalan penyelesaiannya dengan cara lain yang tidak kita duga. Sebelum ini, Erna nak keluarkan simpanan yang sukar untuk dikeluarkan. Tidak sangka, Allah holdkan duit tu untuk membantu Erna dan En.Husband membayar duit Insurans kereta. Sungguh, Allah Maha Pemberi Rezeki.
Sebelum ini, gaji setiap seorang tidaklah sampai RM2000 tapi bila sudah berkahwin gaji kami melebihi RM2000. Betullah kata orang, gaji kita akan bertambah selepas berkahwin. Ala cik Kiah, tambah jelah gaji suami dan isteri. Bergandalah kan. Hidup berdua akan memberi satu ruang rezeki. Sungguh, itulah Kerja Allah dalam memberi rezeki kepada mereka yang sudah berkahwin.
Erna selalu cakap dengan En.Husband, Erna bukan jenis materialistik. Jadi tidak perlu pening kepala. Yes! Memang perempuan dijadikan sifat suka bershopping. Rata-rata semua kaum wanita suka bershopping. Erna pun macam tu jugak tapi Erna bukan jenis yang shopping sampai tidak ingat dunia. Biasanya, dalam setahun pasti shopping sampai nak pengsan. Selepas tu, perasaan shopping tu dah hilang. Perasaan itu bertahan sehingga ke tahun berikutnya. Kemudian, shopping sakan lagi. Pastu hilang perasaan tu. Jadi, tak payah pening-penng lalat yek En.Husband. Untungkan dapat macam I. Hahahahaha
One more think, orang kata, rezeki paling besar adalah anak/zuriat. Baru 2 bulan cik Kiah. Ada orang 5 tahun belum dikurniakan anak. Allah masih belum izinkan kami untuk memiliki Zuriat. Bunting pelamin tu dikira sebagai bonus. Tidak wajar untuk kita menyamakan nasib orang lain dengan nasib kita. Itulah rezeki daripada Allah. Allah lebih tahu apa yang terbaik utuk kita. Allah tahu bila masa sesuai untuk kita memiliki rezeki zuriat. So, be positif yek.
Kita bertemu kerana Allah. Kisah kita boleh diubah dalam bentuk novel. Tapi semuanya kerja Allah. Sungguh tidak percaya sehingga sekarang. Senyummm!!!! |
Sungguh, Erna merasai rezeki berumah tangga ini lagi hebat. Walaupun bukan dengan gaji yang lumayan tapi rezeki itu sentiasa ada. Sebab itu kita kene percaya dengan Allah. Berusaha dan bertawakal.
Jumpa lagi!
9 comments
hehe somi kita lak masa mula2 kawen tu sangat tak reti memujuk sebab die jenis pemalu, lepas tu skang ni pro, makin hari makin syg gitew hehee. semoga bahagia erna sampai akhir hayat :)
ReplyDeleteAmin...:)...kan...mula2 kene sesuaikan diri..Biasalah kalau ada kekurangan tu kan....
Deletetq kak :)
ReplyDeleteAlhamdulillah. rezeki lepas kahwin dan dapat anak, dapatlah juga. syukur kepada Allah sangat2.
ReplyDeletejemput ke blog saya : http://www.nasznadzeri.com
Alhamdulillah..:)
Deleteamin..alhamdulillah...rezeki sentiasa ada dr DIA...
ReplyDeletebetul....rezeki sentiasa ada..bukan sahaja pada duit.
DeleteAlhamdulillah dik...semoga berkekalan hingga ke akhir hayat....
ReplyDeleteAmin.... TQ kak :)
Delete