Nama Di tukar

Bismillahirrahmannirrahim...

Assalamualaikum semua...:)

Rasa tak sabar nak pergi daftar perniagaan. Beberapa hari je lagi, Erna akan daftar perniagaan Erna di SSM. Sebenarnya, semalam Erna bercadang nak pergi daftar. Lagipun kerajaan  mula bekerja pada hari Ahad, jadi ada peluang pergi ke SSM dengan En.Husband. Memandangkan En.Husband baru pulang daripada kerja pada pukul 7.00 pagi, macam tak sanggup je nak ajak En.Husband. So, tangguhkanlah pada Ahad depan.

Kenapa tak ambil cuti je lepas tu pergi masa hari biasa?

Alaa, malasnya nak amik cuti. Dahlah Annual Leave tinggal 4 hari je. Lepastu, raya haji nak amik cuti lagi. Bulan 12 lagi, so better kita pergi hari ahad.

Sebelum ini, Erna guna nama ERFAY' ART WORLD. Tetapi bila fikir balik, tak nampak apa itu ERFAY'. Memang agak komersial lah sebab tak ada orang guna kan. So, bincang dengan En.Husband dan mendapat persetujuan daripadanya, Erna akan tukar nama. Erna tetap nak gabungkan nama dengan En.Husband tapi bukan dengan nama penuh atau nama panggilan kami tetapi hanya mengambil beberapa perkataan sahaja sebagai wakil daripada nama kami.

ERFAY' -----> ERFAZ

ERFAZ. Singkatan antara nama Erna dan nama En.Husband.

Tak nampak pun!!! "ER" adalah untuk ERNA manakala "FA" adalah untuk FAIZ. "Z" pula adalah permulaan huruf nama bapa-bapa kami. Memandangkan nama ayah kami ialah ZAINUDIN dan ZAKARIA, Erna terfikir untuk mengantikan huruf "Y" dengan huruf "Z". Untuk tambahan belakang pula akan diberitahu kemudian. Erna akan tukar ART WOLRD tu.

Ok tak? Hahahaha

So, perniagaan ni adalah perniagaan perkongsian ke? Ehh! Taklah. Perniagaan ini adalah atas nama Erna tetapi akan dibantu oleh En.Husband. Mampus kalau En.Husband daftar perniagaan nanti. En.Husband tak boleh berniaga Kak Kiah. Jadi, nama perniagaan di atas nama Erna tapi En.Husband bantu daripada belakang.

Jadi kalau nak tau nama baru perniagaan Erna, tunggu minggu depan yek.. Logo pun akan ditukar. Tak sabar pulak. ^_^



Jumpa lagi!

Share:

3 comments

  1. wah2..meniaga apa yer..arts tu..tertanya2 pula..bw dr www.hpusewifearts.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a kak.... daftar untuk creative design ni... ^_^

      Delete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^