Selamat Ulang Tahun Emak!
Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum semua....:)
Salam Syawal. Syawal lagi kan? Hahahaha....Alhamdulillah, Erna dengan En.Husband berkesempatan balik kampung Bukit Raja Darat walaupun hanya 1 malam je. Hari sabtu pagi tu, kami berangkat pulang ke kampung. Walaupun perjalanan hanya mengambil masa 45 minit je tapi terasa lama pulak. Mana taknya, hujan lebat disepanjang jalan. Sampai kampung je, hujan berhenti.
Erna tanya En.Husband, musin tengkujuh ke? Bukan musin tengkujuh pada akhir tahun ke? Pelik? En.Husband kata inilah hadiah Allah. Faham dah maksudnya dia tu. Sampai je, perut berkeroncong. Hahaha...lapor beb. Kita orang bangun pagi terus mandi dan siap-siap untuk bertolak. Makan pun tak. En.Husband siap tanya lagi sama ada nak makan ke tak. Tapi, dengan egonya cakap tak nak sebab satu je. Erna nak makan kat kampung. Hahahaha....
Niat balik kampung sebab nak sambut ulang tahun emak. Hari sabtu , 08 Ogos 2015 adalah hari kelahiran mak yang keee...shuhhhhh...Hahahaha....Alhamdulillah, emak masih sihat di sisi ayah dan anak-anak serta menantunya.
Petang tu, kami adik beradik ada kejutan sikit untuk emak kami. Kami tak dapat nak bagi hadiah yang mahal-mahal mak, janji emak happy. Bukan selalu mak. Malamnya, ayah ajak makan luar. Mak datuk, makanan macam makan untuk 10 orang je. tapi yang ada 6 orang, adik ipar tak dapat join sebab ada kerja luar.
Emak ayah tengok mana tu? Tengoklah kamera. Bola jugak yang di pilih. Sebab masa tu, ada perlawanan antara JDT dan ATM. |
Always we are. |
My En. Husband pun ada. Mestilah ada sebab die tukang driver. Hihihihi |
Alhamdulillah. For the seconfd time, Selamat Ulang Tahun Emak. Semoga emak bahagia di sisi ayah dan kami. Kami mohon maaf jika kami masih gagal memberi kebahagian untuk emak. Tapi kami sentiasa sayang Emak. Sayang Emak ketat2.
Eh!!! Mak dah nak jadi nenek tahun depan. Amin....(pisttt...Awak dah...? Eh! Bukan kitalah tapi adik kitalah. Kan kami buat majlis serentak. Tapi dia nikah dulu..ngeh..ngeh..).
Jumpa lagi!
Tags:
Keluarga
4 comments
Selamat hari lahir kat mak adik...semoga di panjangkan umur,di kurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam lindunganNya...
ReplyDeleteTerima kasih kak :)
Deletefamily sy pun takde buat sambutan2 hari jadi ni :) cukup sekadar makan bersama dan ucapan :)
ReplyDeletejemput singgah,
hanisamanina.com
Simple tapi meriah kan...:)
Delete