Resepi : Udang Masak Sos Tiram Berkuah

Bismillahirrahamannirrahim.

Assalamualaikum semua.:)

Macam biasalah, pagi-pagi Erna akan masak untuk Erna bawa bekal dan untuk En.Husband jugak. Memandangkan En.Husband off day hari ini. Bukan Erna selalu masak ke? Hahaha betullah tu. Resepi hari ini sangat simple. Memandangkan En Husband pilih menu udang, jadi Erna pun masak mai campak je. Hahaha..bukan campak ke dinding yek. Hari ini Erna masak Udang sos tiram berkuah.

Udang Masak Sos Tiram Berkuah. Nyum! nyum! nyum!


Bahan-bahan;

  1. Udang besar dalam 7-8 ketul. Tak tau gram. Nak guna udang kecik pun tak pe. Memandangkan E.Husband tak boleh makan udang kecik, kita guna udang besar. Besar benar test En.Husband.
  2. Bawang besar. * Hiris atau mayang bulat.
  3. Bawang kecik. *Hiris halus.
  4. Halia. *Hiris
  5. Cili merah. Erna letak 2 ulas je. sebab cili merah ni pedas. 
  6. Sos Tiram.
  7. Sos cili
  8. Sos tomato
  9. Lobak merah
  10. Tomato. *Tak nak letak pun tak apa.
  11. 1 biji telur.
  12. Air satu cawan.
  13. Garam secukup rasa.


Cara-cara:
  1. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato. Seimbangkan rasa. Sos tomato tu jangan letak banyak, nanti jadi masam sikit. Seimbangkan. Erna mai campak je. 
  3. Kemudian masukkan udang dan lobak merah. Tambahkan air. Kalau tak nak kuah banyak, masukkan sedikit air. Tapi, kami kene ada kuah.
  4. Kemudian pecahkan telur ke dalam kuali. Kacau dan perasakan dengan garam. Jangan pula cili merah tu yek. Kacau dengan sebali. Akhir sekali, masukkan tomato. Kacau dan bolehlah tutp apinya.
  5. Selamat menghidang yek.

Senang je kan. Selamat mencuba!!!!!



Tags:

Share:

7 comments

  1. Replies
    1. memang sedap...habis En.Husband makan. hihihi

      Delete
  2. pagi pagi masak macam ni dikira rajin ni. klu sy goreng goreng je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha....terpaksalah sis...kene jugak masak yang berkuah... :)

      Delete
  3. hmmm, macam sedap jer.. nnt akak nk try la...
    tq tau singgah dan komen di blog kak Alycia ;)

    ReplyDelete
  4. wahhh sedapnya....udang...akak suka makan udang tak kira masak apa...hihi

    ReplyDelete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^