Ayam Kunyit Berkuah

Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum semua. :)

Ok, lately ni Erna malas sangat nak buat kerja rumah, memasak, lipat baju...rasa nak baring je, nak rehat je. Tak nak buat apa-apa. Sebelum ni bersemangat nak buat kerja rumah. Tapi sejak akhir ni malas. Macam mana pun, Erna kene juga buat, Paksa diri. Paksa masak. Jadi seperti biasalah, setiap pagi masak lauk untuk husband makan dan untuk Erna bawak bekal.

Resepi kali ini pun simple je. Dan semua orang pasti tau resepi kali ini.



Bahan-bahan :
1.  Ayam
2.  Bawang putih - Hiris
3.  Bawang merah - Hiris
4.  Halia -  Hiris
5.  Cili merah - Erna cuma hiris dua je sebab Erna guna cili merah yang kecik lagi berapi tu.
6.  Lobak merah
7.  Kobis bunga
8.  Serbuk kunyit
9.  Sos tiram
10.Secawan air
11.Garam

Cara-cara:

1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, Halia dna Cili merah.
2. Kemudian, masukkan sos tiram sedikit. Tambah air sedikit supaya tak hangus yek. Kacau sedikit.
3. Masukkan ayam, serbuk kunyit dan air. Kacau sehingga ayam nampak empuk. Tambah sedikit           garam secukup rasa.
4. Masukkan lobak merah dan kobis bunga. Nak guna kancang panjang pun ok. Sebab tak ada kacang     panjang tu yang guna lobak merah dan kobis bunga.
5. Kacau sehingga rasa seimbang yek
6. Akhir sekali, tutup api dan boleh dihidangkan.

Selamat mencuba!!


Tags:

Share:

3 comments

  1. yg simple tu la yg sedap. makan nasi bertambah2

    jemput baca
    http://akuhanyagadiskampung.blogspot.com/2015/08/promosi-penghabisan-stok-pureen-2015.html

    ReplyDelete
  2. Satu hidangan lengkap. Makan pun sedap!

    ReplyDelete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^