DIAM LEBIH BAIK
Kadangkala jiwa kita
memberontak agar diri terbela. Kadangkala jiwa perlu sokongan untuk menegakkan
kebenaran. Kadangkala, jiwa perlu dibelai agar diri berada di landasan yang
benar. Berdepan dengan agenda yang boleh meningkatkan marah kita,
kebanyakkannya akan memulangkan dan membalas dengan cara yang sama sehinnga
bertegang urat.
Akal akan kalah bila
amarah menyusuk masuk dalam diri kita. Apabila amarah menyelubungi dalam kita,
akal tidak dapat berinteraksi dengan baik malah lebih buruk daripada itu. Nafsu
amarah semakin meningkat, nilai keperibadian semakin menurun. Muka semakn
merah, hati semakin tidak keruan.
Susah juga apabila
berdepan dengan mereka yang banyak idea dan banyak mulut, berdepan dengan
mereka yang terlalu yakin lebih hebat dalam segala perihal dan berdepan dengan
mereka yang sukar menerima kesalahan diri. Makanya, dibalas dengan berdiam diri
sahaja.
“Sabar.....banyakkan
bersabar. Jalan terbaik bertemu dengan orang-orang sebergini ialah DIAM”
“Along
pun boleh buat kerja rumah. Tapi tidaklah sampai menunjuk pula. Diam sudah.”
Diam tidak bermakna
menyerah diri. Diam tidak bermakna mengaku kalah. Tetapi diam membetulkan
keadaan daripada buruk menjadi lebih buruk. Apabila api semakin marak, jangan
kita balas dengan api yang sederhana. Maka ia akan bertambah marak. Balaslah
dengan air, maka api akan surut.
Kebiasannya, kita akan
mendiamkan diri apabila dimarahi oleh orang yang kita kenali seperti ibu bapa
kita atau berdepan dengan orang yang suka cakap lepas tanpa berlapik. Paling
tidak pun berjumpa dengan orang yang menganggap dirinya adalah paling genius.
Contohnya, kita tidak akan menang kata dengan seorang pemidato yang mulia.
Mulia ke? Sudah dinamakan manusia, hebat berpetah kata atau tidak, manusia
tidak akan pernah menjadi semulia Allah S.W.T. Hanya para rasul-rasul yang
diutuskan oleh Allah yang mulia daripada manusia seperti kita ini.
Ada kemungkinan, berdiam
diri akan menimbulkan sebarang spekulasi yang tidak berasas daripada mulut
mereka-mereka yang tidak menenangkan kita. Spekulasi ini juga yang boleh
menimbulkan pelbagai masalah dalam kehidupan seharian. Malah lebih buruk yang
kita sangkakan. Alamatnya, hidup tidak pernah tenteram.
Jika itu yang menjadikan
hidup kita ala ala pelarian, lebih baik kita berdiam diri. Walaupun ianya mendatangkan
spekulasi. Mulut orang, kita tidak mungkin dapat menutupnya, tapi kita mungkin
boleh menggurangnya. Lainlah jika ianya perkara yang benar. Berkata sia-sia
mengundang padah, maka berdiam diri.
Hadis2
Rasullulah mengenai kelebihan diam yg bermaksud:
“Barang siapa yg banyak perkataannya, nescaya
banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya.
Dan barangsiapa yg banyak dosanya,nescaya neraka lebih utama baginya”. ( RIWAYAT ABU
NAIM )*
“Barang
siapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik
atau diam”. ( RIWAYAT BUKHARI & MUSLIM )*
“Barangsiapa
diam maka ia terlepas dr bahaya”. ( RIWAYAT-TARMIZI )
Selamat Beramal,
Tags:
Renungan
0 comments