Indahnya Nikmat Allah
Kelihatan adik
memusing-musingkan badannya di hadapan cermin. Membelek diri sambil tersenyum.
Ada ketika, along melihat adik mengomel sendiri . Apa yang dibebelnya pun along
tidak tahu. Kadang-kadang geli hati melihat gelagat adik yang tidak habis membelek-belek
diri di depan cermin.
“Apa yang adik belek-belek di depan cermin tu.”
Along berdiri tegak di muka pintu bilik adik. Adik
memandang sejurus melihat along di muka pintu.
“Along, adik cantik tak?”
Adik masih membelek-belek
dirinya.
“Kenapa adik tanya soalan tu?”
“ Di sekolah, adik lihat semua kawan adik
cantik-cantik. Adik rasa diri adik tidak
cantik.”
“ Adik, tidak baik adik cakap macam tu. Semua orang
di dunia ini cantik. Cantik kekuasaan Allah mencipta kita. “
“ Ya ke, along. Tapi mengapa ada yang cantik ada
yang hodoh?”
Along mula mendekati
adiknya dan duduk di birai katil.
“Ya ke . Apa yang adik lihat sehingga menyatakan
ianya cantik dan ianya hodoh?”
“ Mukalah.”
“ Itu je yang adik lihat. Banyak lagi adik. Tidak
semstinya, muka orang tu hodoh, semua anggota badannya hodoh. Apa yang along
lihat, adik ni cantik. Muka memanglah lain, tapi bila tengok betul-betul, mata
adik sangat cantik.”
“ Betul ke along. Jadi, tidak semestinya muka je
yang cantik.”
“Ia, betul. Mata adik yang cantik itu adalah nikmat
Allah. Allah bagi nikmat mata yang cantik kepada adik. Mungkin kawan adik
diberi muka yang cantik, tetapi tidak semestinya mata dia cantik.”
Adik mula bergerak duduk
di sebelah alongnya.
“Cuba adik lihat diri. Dari atas sehingga ke bawah.
Dari hujung rambut hingga hujung kaki. Inilah nikmat yang paling besar yang
kita perolehi daripada Allah. Dengan adanya kaki, kita dapat berjalan, tangan
boleh digunakan untuk makan dan menulis, ada mulut untuk bercakap, adanya mata
untuk melihat, adanya telinga untuk mendengar. Ada seluruh anggota badan untuk
beribadah. Semuanya cantik berlaka kan?”
“Ha’alah! Tetapi kesian kat orang cacatkan along.
Tak banyaklah mereka dapat nikmat.”
“Taklah, mereka pun dapat nikmat sama banyak dengan
kita. Sebagai contoh orang buta, mereka memang tidak nampak, sebab mereka tidak
ada mata. Tetapi Allah bagi satu lagi nikmat
kepada mereka iaitu, mata hati. “
“O......Nikmat Allah besarkan along?”
“Sudah tentu. Bukan sahaja anggota tubuh badan
tetapi lihatlah sekeliling kita. Allah kurniakan nikmat kesihatan yang baik,
keluarga, kawan dan alam yang penuh damai ini.”
“..............sekiranya
kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat
menghitungnya......(Surah Ibrahim : ayat 34)”
“Betul, betul, betul. Setiap pagi, adik boleh
dengar kicauan burung, ayam berkokok,rama-rama berterbangan, bunga yang segar. “
“ Pergi sekolah pun rasa selesakan?”
Adik menganguk mengiyakan
kata alongnya.
“Malah, kita
juga diberi nikmat tidur. Apabila kita bertungkus lumus melakukan aktiviti
disiang hari, tibanya malam untuk memberi kita ruang berehat dengan adanya
tidur. Apa yang adik lakukan sebelum tidur?”
“emm.............sebelum tidur, pergi basuh kaki,
basuh muka, gosok gigi. Kemudian, baca doa..tidurlah.”
“Bagus betul adik along ni. Adik terfikir tak, di
kala kita dapat tidur dengan nyenyak dan nyaman, masih lagi ada orang yang tercari-cari
sesuap nasi untuk menyara hidup? Barangkali kita terlupa akan ada orang yang
lagi susah daripada sehingga tidak dapat melelapkan mata. Memikirkan bagaimana
untuk mencari sesuap nasi untuk menyara kehidupan.”
“Pernah....adik pernah terfikir.”
“Macam mana adik terfikir?”
“Pandang syiling..hehehe....”
“Melawak pula adik ni. Jika kita sentiasa memikirkan
kesusahan orang lain, itu bermakna kita prihatin. Allah sangat baik dan
penyayang kepada makhluknya dengan menyediakan pelbagai nikmat. Kebesaran Allah
di paparkan melalui alam yang terbentang luas.”
“Cantikkan alam ini along. Semalam, cikgu ada
paparkan video tentang planet-planet, matahari, bulan, bintang. Besar along.
Cantikk sangat.”
“.....Dia
telah memberikan nikmat-nikmatNya secara
sempurna kepada kalian, baik zahir mahupun batin.....(Surah Luqman : ayat 20)”
“Bukan itu sahaja adik, kita diberi nikmat akal.
Akal harus digunakan dengan sebaik-baiknya. Memikirkan sesuatu untuk ummah.
Kita boleh berfikir mana baik mana buruk. Tapi sayangnya, tidak semua manusia
yang bergelar Islam bersyukur.”
“Kita boleh kira-kira, menulis dan membacakan
along.”
“Pandai pun. Sebenarnya, tidak terkira banyaknya
nikmat yang Allah bagi kepada kita adik. Cuma kita je yang kadang-kadang alpa
dengan duniawi sehingga lupa tanggungjawab kita sebagai seorang Islam.”
“Adik selalu berdoa kepada Allah agar kita diberi terus
nikmat yang baik. Supaya kita boleh solat dan baca al-Quran dengan tenang.”
“Dan berbakti kepada ibubapa kita. “
Serentak dengan itu, along
dan adik tersenyum bersama-sama.
“Sudahlah, siap cepat. Lepas itu pergi makan. Nanti
emak bising.”
“Baiklah along.”
0 comments