Mutiara
Kegeringan hidup mencari
syahdu,
Membawa satu petanda,
Jangan hidup lama dibawah
kelambu,
Mutiara hilang entah
kemana,
Along dan adik berhenti di
depan kedai emas. Adik terpegun melihat mahligai mutiara yang indah berlaka.
“Along!! Lihat rantai ini. Cantikkan.Wah!!”
“Ooo..rantai ini diperbuat
daripada mutiara. Tengok, putih bersinarkan.”
“Macam gigi adik kan.
Putih bersinar dan berseri-seri.”
Adik menunjukkan giginya yang
putih kepada alongnya. Alongnya tersenyum melihat gelagat adiknya.
“Along, mesti mahalkan
rantai ni. Yelah, rantai ini kan diperbuat daripada mutiara.”
“Tapikan adik, lagi mahal
air mata kita ni dik.”
“Ha!! Apa kene mengena air
mata dengan mutiara ni. Sudahlah air mata kita masin.”
“Macam mana adik tahu air
mata itu rasanya masin?”
“Mestilah tahu. Hari itu
adik nangis, tertelan air mata tu. Rasa masinnnnn.”
“Oooo..nangis. Tak malu
nangis....hehe..”
“Ala along ni. Cepatlah
bagi tahu, mengapa along cakap air mata kita lebih mahal?”
“ Macam ni. Adik pernah dengar
atau pernah terbaca tentang ayat yang mengandungi Mutiara yang berguguran di pipi."
“Em...pernah....Dekat
novel banyak ataupun dekat puisi ke...”
“Maksudnya sangat
mendalam. Along nak rungkaikannya pun takut salah. “
“Ala, along
ni......cepatlah bagi tau....."
"emmm...ok....along ada satu cerita. Ceritanya
bergini”
```````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
Suatu hari, seorang anak
bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab,
"Sebab ibu adalah perempuan, nak." "Saya tidak mengerti
ibu," kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak,
kau memang tak akan mengerti…"
Kemudian si anak bertanya
kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?" "Ibumu menangis
tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab. "Semua perempuan memang
sering menangis tanpa alasan."
Si anak membesar menjadi
remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga
pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah,
mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah
mendengar jawapannya:
"Saat Ku ciptakan
wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu
menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup
nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
"Kuberikan wanita
kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali
menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
"Kuberikan
keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua
orang sudah putus asa.
"Ku berikan kesabaran
jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau
penat, tanpa berkeluh kesah.
"Kuberikan wanita
perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua
keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan
hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang
mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat
didakap dengan lembut olehnya.
"Kuberikan wanita
kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung
baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung
agar tak terkoyak.
"Kuberikan kepadanya
kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa
suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali
pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada
suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
"Dan akhirnya,
Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang
khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan.
Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah
"air mata kehidupan."
```````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
“Maka dengan itu, air mata
itu lebih mahal daripada mutiara yang kita lihat sekarang terutamanya air mata
wanita.”
“Oooooo.......Jadinya air
mata lelaki tidak mahal lah kan?”
“Sama je dik cumanya yang
banyak menangis adalah perempuan. Jadinya air mata sinonim dengan perempuan.”
“Oooooo...hehehe...along.....hadiahkan
emak rantai mutiara nak.”
“Amboi, banyak cantik!
Along mana ada duit yang banyak. Harganya dah pening.”
“La, tadi kata mutiara
yang depan kita ni tak semahal dengan air mata. Ingatkan along boleh beli.”
“Banyak cantik....Tunggu
dapat gaji sepuluh tahun, baru beli. Dah, jomm kita pergi kedai cenderahati”
“Heee....adik memang
cantik..hahahaha.........jommm!!!!”
0 comments