KEMAAFAN PENYERI HIDUP


Tenangnya hidup tanpa sebarang persengketaan, pergaduhan dan perbalahan. Malah, melakukan Ibadah pun senang. Sudah terang lagi bersuluh, akibat perbalahan dan persengkataan, ramai yang menjadi mangsa. Terutamanya kanak-kanak.

Apa yang boleh kita elakkan pergaduhan dan perbalahan ini? Banyak tetapi ada satu yang dikatakan mudah  tetapi susah untuk melakukannya. Apa dia? KEMAAFAN. Sejauh mana kita ditindas, dengan kemaafan, InsyaAllah segala jalan dipermudahkan. Allah sentiasa bersama kita. Tidak malukah kita dengan Allah? Allah menyayangi hambanya. Allah memberi kemaafan kepada hambanya yang bertaubat. Kita pula bagaimana? Adakah kita mudah memaafkan orang yang melakukan kesalahan terhadap kita?

Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah an-Nisa’ : ayat 110)”

Jangan sesekali kita kalah dengan segala bisikan yang menghalang kita untuk melakukan kebaikan terutamanya kemaafan. Allah menyayangi hambanya yang pemaaf. Mulianya hati orang yang mudah memaafkan orang yang melakukan kesalahan.

“Mira, saya minta maaf atas apa yang pernah saya katakan dahulu.”

“Saya dah lama maafkan awak, anis. Sudahla, kita buang yang keruh, ambil yang jernih.”

Sifat pemaaf mengembalikan hubungan yang rengang, menguatkan ikatan. Tidak rugi untuk kita memaafkan orang. Malah, ia lebih menguntungkan. Rugilah mereka yang tidak pernah mencuba untuk menyatukan semula hubungan dengan memaafkan orang. Dengan sifat pemaaf, hubungan kekeluargaan kembali menyinar, hubungan suami isteri semakin utuh, hubungan sahabat semakin mekar. Jalan mana yang kita pilih? Itu terletak di dalam hati kita. Lakukan sebelum terlambat dengan hati yang ikhlas.

....dan hendaklah mereka memafkan dan berlapang dada......(surah an-Nur : ayat 22)”




 Selamat Beramal, 

Share:

0 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^