PENGHIDUPAN KINI
Pekan, bandar kecil dan
bandaraya besar adalah satu perantauan yang membentuk kehidupan sang kerdil. Dimana sahaja kita melangkah, pasti akan ada yang membentuk satu penolakan
kehidupan. Cerminan kehidupan berpacakan perlakuan dan kata-kata tidak pernah sekali
menurunkan keegoan manusia yang menjalani kehidupan di kota raya atau di desa
dengan senyuman.
“Eleh setakat hidup di kota besar
macam Kuala Lumpur tu, ada aku kisah. Duduk di kampung lagi seronok. Nyaman
je.”
“Wei, kampung apa yang ada. Di bandar
penuh dengan kemudahan. Apa yang engkau nak, semua boleh dapat tau.”
“ Tidak semestinya, hidup di kampung
tidak macam hidup di bandar. Bising, tiada nokhtah kehidupan. Di kampung,
walaupun kemudahannya kurang, kerajaan banak menitik beratkan kehidupan di
kampung.”
(Iklan terhenti seketika, memandangkan
suasana sudah menjadi merah....).
Hakikatnya,
perbezaan kehidupan di kampung dan di bandar bukanlah ketara sangat. Yang
menjadikan kehidupan itu berbeza adalah sikap manusia. Manusia dijadikan untuk
saling lengkap-melengkapi, bukan antara hubungan suami isteri je tau. Jika
kehidupan di bandar dibentuk maka ada kehidupan di kampung. Jika manusia yang sering sibuk dengan urusan
duniawi maka mereka memerlukan kedamaian dengan cara balik kampung. Kesimpulannya
disini, tidak kiralah hidup di kampung atau di bandar, pengertian kehidupan
yang mencerminkan siapakah diri manusia yang sebenarnya.
Kawan-kawan
pernah berfikir tak bahawa kehidupan yang kita jalani ini sangat memenatkan?
Pernah? Mengapa kita perlu hidup? Untuk apa kita perlu hidup? Kepada siapa kita
perlu hidup? Persoalan demi persoalan menjalar dalam fikiran. Persoalan ini
jugalah yang menjadi penentu dalam falsafah kehidupan seseorang.
“Penat? Mana ada penat. Peliklah penat.”
“Emmmm....sekejap ye. Saya fikir dulu.
Kau hidup sebab siapa ye abu?”
“Saya mestilah hidup untuk diri aku.”
Rakusnya
manusia menjalani kehidupan serba morden ini sedikit sebanyak mendatangkan
pelbagai kerosakkan di dunia. Cuba lihat dunia sekarang. Apa yang tinggal,
nasib baik rangka masih kelihatan. Tidak pernah sekali memanfaatkannya dengan cara
yang penuh bersyukur dan berhemah. MasyaAllah, sungguh dayus manusia
mencerminkan kehidupan dengan penuh kerakusan.(Aku pun manusia, sama-sama ingat-mengingati)
Kemana
hilangnya tujuan kita untuk hidup jika bersandarkan kepada duniawi sahaja. Keseimbangan
kehidupan diperlukan, kelak tidak berlaku pelbagai masalah. Keseimbangan yang
bagaimana ya? Keseimbanagan antara rohani dan jasmani, antara amalan dan iman,
duniawi dan akhirat. Kelongaran untuk muhasabah menjadikan kita tidak pernah
berikhtiar untuk memajukan hidup dengan tujuan yang baik yang berpaksikan kepada
syariat Islam.
Kehidupan
di kota raya yang penuh dengan kepalsuan, keegoaan, kealpaan dan adakalanya
hanya bertunjangkan lakonan duniawi sahaja. Tetapi, tidak semuanya harus dipersalahkan.
Ada juga diantara mereka ini menyedari hakikat kehidupan bagaikan roda ‘adakalanya
di bawah, adakalnya di atas’. Kadangkala-kadangkala ianya sangat menjengkelkan.
Semua berlumba-lumba untuk mendapatkan yang dihajati dengan cara yang penuh
dramatis dan egois. Melalaikan dan membosankan. Tiada irama dan rentak yang
dialunkan dalam kehidupan tersebut.
“Kau ingat ini AJL ke?Anugerah Juara
Lagu. Irama segala bagai.”
“Aya, dalam hidup kita ni, skali
sekala perlu berdrama. Baru syok.”
“Tidak payah hipokritlah. Kau pun
sama.”
Masing-masing
meletakkan pengharapan yang mengunung dalam menuju kehidupan yang dikatakan
seperti halusinasi ini. Apa yang kau cakap ni? Tidak fahamlah. Eh! Aku sendiri
pun tidak faham. Halus tetapi tidak nampak. Kita sebagai orang Islam
memerlukan Allah untuk hidup. Selayak-layaknya untuk kita bersandar adalah kepada
Allah S.W.T. Bahkan untuk mendapatkan kebahagian di dunia malah di akhirat
kelak pun, kita perlu mendapatkan keredaan Allah S.W.T. Tetapi, Allah tidak
memerlukan kita. Bahkan di dalam Al-Quran, Allah sering kali mengulang perkara
ini. Antaranya pada ayat 8 Surah Ibrahim:
“Kalau kamu dan sesiapa sahaja di atas
muka bumi ini seluruhnya ingkar, maka hal yang demikian itu tidaklah merugikan
Allah, sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” Surah Ibrahim ayat
8.
Kadangkala,
falsafah yang hanya bertunjangkan nafsu mengoyahkan Iman. Falsafah bertunjangkan
al-Quran menguatkan Iman dan amalan. Goyahnya hidup kita kerana kita. Goyahnya
Iman kita kerana kita. Nilailah keperibadian diri dengan bermuhasabah .
InsyaAllah, hidup penuh diberkati.
Selamat Beramal,
Tags:
Renungan
0 comments