Permainan Zaman Kecil

Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum semua...

Masa saya kecik-kecik dulu, sangat seronok. Macam-macam permainan ada. Waktu petang adalah waktu yang saya dan adik saya palingtunggu. Sebab saya boleh berkumpul dengan adik-adik sedara saya yang lain, mak cik-mak cik saya atau kawan-kawan saya. Permainan dulu-dulu mudah dan menyeronokkan. Tak banyak gunakan duit.

Macam mana saya boleh terfikir tentang zaman kecik saya ni? Ni gara-gara en. hidung saya lah ni. Bagi saya tak tentu arah dan semua kerja tak menjadi. Tengah duduk-duduk tu, saya terfikir, bestnya jadi budak-budak. Tak payah fikir pasal masalah orang dewasa. Tau main je. Keluar petang, kumpul ramai-ramai, main puas-puas, pastu senja baru balik. Selagi mak tak menjerit, selagi tu tak balik. Lagi-lagi, bila kita memang tinggal di kampung. Seronok. Tu yang terfikir permainan yang saya selalu main masa kecik-kecik dulu. Korang nak tau? Jom kita layann....


Batu Seremban. Mak saya selalu buat batu seremban daripada kain. Seingat saya ada 3 set mak buatkan. Buat daripada kain, lepas tu basuh pasir yang halus sederhana. Tapi, pasir tu kene bersihkan dan rendam dalam air panas. Tak adalah kumankan. Tapi, selalu je hilang. Akhirnya, mak malas buat. Bila nak main, mesti amik batu kerikil tapi cari yang bulat depan rumah. Dalam permainan ini mesti ada lima biji batu. Siapa yang dapat lengkapkan batu 1 sehingga batu 10 baru dikira 1 game. Permainan ini boleh bermain berdua, ataupun ramai-ramai. Seronok. Kadang-kadang, saya suka main sendiri.


Baling selipar. Kebiasaannya, permainan ini menggunakan selipar Jepun. Selipar Jepun kan mudah dilentur. Susun selipar Jepun macam dalam gambar ni. Lepas tu, bentuk dalam 2 kumpulan. 1 kumpulan ialah pembaling dan satu kumpulan lagi ialah penyusun. Kumpulan pembaling kene baling selipar yang disusun dan pastikan tiada sesiapa daripada kumpulan penyusun dapat susun selipar tu. Manakala penyusun harus..eh bukan harus tapi wajib menyusun selipar. Jika dapat susun selipar tu dikira penyusun menang. Kalau penyusun tak selesaikan susun selipar tu, pembaling yang menang.


Congkak. Selalunya, masa saya kecik-kecik dulu, saya akan berebut congkak ni dengan adik saya. Orang ni nak main dulu, orang tu nak main dulu. Agaknyalah, mak saya dah bengang, dia terus simpan congkak ni. Semua tak dapat main. Terkebil-kebil mata masing-masing. Permainan dia mudah. Hanya menggunakan papan yang diukir seperti dalam gambar dan beberapa biji guli atau biji sagu atau batu sungai yang kecil pun boleh. Biasanya, kami menggunakan guli. Berwarna warni sikit. Papan congkak ada 14 lubang kecil dan 2 lubang besar. Lubang besar merupakan perumah bagi setiap pemain. Manakala, setiap lubang kecil diisi 7 biji guli.  Permainan ini memerlukan 2 orang sahaja. Macam dalam gambar tu.


Ceper. Permianan ceper ni boleh jugak bermain secara beramai-ramai atau 2 orang sahaja atau seorang pun boleh. Dulu, saya selalu bermain dengan adik saudara saya, si fikri atau lily. Dia selalu bongkak dengan saya. Mula-mula memang payah nak mengena. Tapi sekali kene, best wo!!! Ceper hanya mengunakan penutup botol yang leper. Dulu, pepsi, marinda dan coca-cola menggunakan botol kaca. Penutup botol macam dalam gambar tu. Pastu, Kita hanya menggunakan 5 keping penutup botol macam batu seremban. Sama seperti batu seremban juga. Bezenya, ceper bukan untuk dibaling tapi di jentik atau di tolak. Pastu, macam-macam gaya keluar. Macam dalam gambar tu.


Galah Panjang. Selalunya, saya selalu main galah panjang masa sekolah dulu, waktu PJK (Pendidikan Jasmani dan Kesihatan). Cikgu akan tanya, nak main apa. Masing-masing jawab nak main galah panjang. Seronok. Cara main dia, bentuk 2 kumpulan kemudian undi. Kumpulan mana yang perlu menjadi benteng dan kumpulan mana yang perlu jadi tahanan. Kemudian, buat beberepa level mengikut keramaian ahli kumpulan. Macam dalam gambar ni. Orang yang berlari perlu lepasi semua halangan. Jika dapat lepasi semua halangan, maknanya orang tu menang dan selamatkan ahli kumpulan. Jika ahli benteng dapat menghalang tahanan lepas, maknanya kumpulan benteng yang menang.


Guli. Guli dimain dengan jumlah antara 5-8 orang. Lagi ramai lagi best. Boleh juga berlawan antara kumpulan atau perseorangan. Kawasan pilihan adalah kawasan yang berpasir. Tak kisahlah pasir merah ke, pasir sungai ke, pasir buat rumah ke, main di padang pun boleh. Em....tapi rasanya better main kat kawasan berpasir. Saya tak ingat cara main permainan ini. Yang saya tau, main je.


Jambatan Roboh. Permainan ini siap dengan lagu. Sambil main, sambil nyanyi. Ada dua orang digandingkan sebagai jambatan dan bentuk seperti dalam gambar tu. Lepas itu,yang lain perlu melalui jambatan sambil menyanyi sampai habis. Bila lagu dah habis dan orang yang berada di dalam kurungan perlu memilih jambatan kiri ke kanan. Haa! Lagu dia macam "Jambatan merah sudah roboh, sudah roboh; Adikku sayang kene kurung, kene kurung."


Lawan Pemadam. Saya selalu main permainan ini masa zaman sekolah saya, dalam kelas pulak tu. Masing-masing akan tunjuk pemadam siapa yang paling cantik. Kemudian, baru lawan pemadam. Pemadam siapa yang berada di atas, dialah pemenangnya. Boleh bermain secara beramai-ramai. Oh!!! Tak belajar yek. Eh! Kita main masa cikgu tak ada dalam kelas je. Cikgu ada, kita belajar. hihihi


Lubang Tikus. Permainan ini menggunakan tangan dimana ada dua orang yang bertindak membuat halangan. Yang lain bertindak sebagai pemain yang perlu melepasi halangan. Dua orang tu perlu membuat halangan daripada paling rendah sehingga tinggi dan daripada lubang kecil sehingga lubang besar. Pemain yang lepas kesemua halangan dialah pemenang. Best sebenarnya. Lagilah yang dua orang tu sedaya upaya nak melompat. Kadang-kadang, ada yang main ngelat/tipu. hahaha

Banyak lagi permianan yang saya suka main masa kecik-kecik dulu bersama dengan adik-adik saudara saya. Kalau dalam rumah suka main congkak dan batu seremban dengan adik.


Musang dan Ayam.


Nenek Si Bongkok 3. Permainan ini perlukan seorang yang menjadi nenek dan yang lain menjadi cucu. Si cucu-cucu yang ramai ni kene buat satu bulatan dan duduk diam. Si nenek pulak kene duduk dalam bulatan.  Permainan ni pun ada lagu dia jugak tau. "Nenek, nenek si bongkok tiga, siang malam asyik berjaga. Mencari cucu di mana aja. Nenek ku kahwin dengan anak raja." - yang ini si cucu nyanyi.. Kemudian, si nenek sambung pulak. " Cucu-cucu tak dapat lari. Nenek tua banyak sakti. Sekarang nenek cari ganti. Siapa yang kene dia yang jadi." Bila si nenek sampai kepada seorang cucu, nenek tu kene teka siapa yang dia pegang. Kalau betul, yang cucu tu kene jadi nenek pulak.


Polis Entry (Main Kejar-kejar). Yang ini, main kejar duduk. Sebelum, permainan bermula, kene undi dulu siapa yang kene jadi pencuri. Manakala,  yang lain ialah polis. Masa undi tu kene nyanyi. Lagu dia, "Polis entry, one two jaga, Polis mati, perompak jaga".


Sorok-sorok.


Titik-titik.


Teng teng (Ketingting).


Zeropoint.

Kadang-kadang, permainan dulu sangat menyeronokkan. Malah, boleh mengeratkan hubungan silaturrahim. Lagi ramai lagi meriah. Syok wo! Saya rindu zaman dulu kala. Korang macam mana?  Oklah, nak balik dah. Kang tak makan malam nanti. Hihihi. Terima kasih membaca.

**Kredit kepada en.Google.









Share:

0 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^