Gigih Bekerja

Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum semua.

Hari isnin yang lepas, satu apa pun saya tak buat kerja. Pagi pergi kerja, sarapan, lepas tu duduk depan komputer, open komputer, terus layan internet. Padahal, ada drawing yang perlu disiapkan segera. Tapi hati melayang entah ke mana, satu apa pun tak berusik. Isy..isy..isy..teruk cik.Erna ni (jangan ikut sikap pekerja yang tidak berwawasan) * sigh*...

Tapi hari ini, semangat membara nak siapkan kerja (tapi tak siap jugak), hihihi relaks brader. Walaupun tak siap yang ada musababnya mengapa tak siap, tapi hati gigih nak buat kerja. Antara sebab mengapa gigih nak siapkan kerja;


Pertama, bos ada kat sebelah, tak boleh nak buat apa, kene fokus. Memang dan wajib buat kerja. Kes pura-puralah ni. Ops!! bukan pura-pura yek, memang semangat nak buat kerja. Tapi bos singgah 30 minit je. Dia bagi kerja lain, pastu dia balik. Setel.

Kedua , emosi semakin stabil lepas lancar main game. Berapa lama boleh tahan, saya tak tahu. Sedangkan banyak kali draft kat mesej. Pastu, hold. Pastu buka balik mesej . Pastu hati berkata 'nantilah hantar'. Lastly, terbiar je mesej dekat messaging. Tak pelah, bagi hati betul-betul pulih.

Ketiga, selepas satu malam muhasabah diri, menangis tak berlagu, tu yang tn.haji semangat datang berkobar-kobar tu. Terus ada haji tau. hahaha

Keempat, happy selepas mejalankan blogwalking dan singgahsana di setiap rakan blogger. Tu tak setel lagi blogwalking tu. Jenuh nak menyapa. Tiba-tiba, terus tersedar yang kerja tak siap lagi. Ohh!! Kembali aktif menulis yek. 


Kelima, dateline kerja dah nak menjenggah. Tu yang sekali spontan je nak buat kerja. Nampak tak, kerja suka buat last-last minit.


Draft yang disediakan oleh en. Boss. Kes meneliti bahagian yang perlu diubah. Mata berpinar tengok semua ni. Tapi apa boleh buat, tugasan perlu diselesaikan.


Engineer pun ada, drafter pun ada, painter pun ada, designer usah cakap. 4 dalam satu. Layan je en.boss, janji dia berpuas hati. Nampak tak, siap bertampal segala bagai tu. Itu kerja en. Bos lah tu.


Usai meneliti, bahagian mana yang perlu diubah, kita pindahkannya dalam komputer. Mulalah kerja melukis, mendokumenkan lukisan segala bagai. Botol air warna pink tu wajib ada kat sebelah.


Ini bukan sekadar papan skrin. Inilah format yang en.Bos selalu guna. Benda ni ada dalam CREO CAD, software yang seangkatan dengan Auto Cad. Tapi disebabkan tak boleh buka dah benda alah tu, penyelamatnya ialah Adobe Illustrator.


Sebelum berpeningan dengan yang atas tu, yang ni harus di finalisekan sebelum dia orang buat cetakkan. Ini katalog produk yang company jual. Amik masa yang lama jugaklah nak siapkan katalog ni. Edit sana edit sini, akhirnya siap jugak.


Sebab itulah saya pulun dan bersemangat siapkan kerja tu. Tapi apa pun tak boleh, drawing tu tak boleh nak compress dalam satu file sebab GUI dalam Adobe Ilustrator ada masalah. Kemungkinan, file besar. Oh! Jangan ada sebarang masalah sudah. Akhirnya, saya save dalam format .ai dan esok baru email kat bos. Setel. Tak payah pening-pening kepala.

Oklah, jumpa entry yang akan datang.


Tags:

Share:

11 comments

  1. Aduh Taufiq tengok pun dah pening T-T inshaallah tak akan ada masalah punya ......

    awksweetgitu.blogspot.com jom la singgah klau ade masa ok :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpe, benda suka. Even pening pun, pening lalat ke pening harimau ke, bila dah suka, x kisah benda tu.

      Delete
  2. whoaahhh. harapnya sabar and semuanya berjalan lancar. (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, almost done. hihihi..terima kasih yek izzati.

      Delete
  3. Semoga dipermudahkan segala urusan... Zumal dah lama tinggal Auto CAD sebab kerja dalam bidang yang berbeza dari apa yang zumal belajar. Singgah balas kat sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. ..kite dpt kerja yg kita nak. Walaupun ada yg berbeza, tp tulah pekerjaan jgk adalah ilmu.

      Delete
  4. fighting~~~!!! teruskan kerajinan :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you 2x....hahahaha...lakonan lebih.

      Delete
  5. Wahhh selamat berkerja . Macam best je . Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emmm....hadapi dl bru tau best ke tak...hahaha

      Delete
  6. tingkatkan kerajinan... cayoooo :D
    btw follow here

    ReplyDelete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^