Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua.
Saya memang suka buat cerita yang tertunggak. 30/04/2014(Rabu) yang lepas, malam ambang Hari Pekerja tu, keluarga belah ayah saya ada buat makan-makan. Bakar ayam, bakar ikan, bakar daging, bakar ketam, bakar yang boleh dimakan. Sangat-sangatlah meriah. Sebenarnya, hari tu saya kerja. Lepas kerja, saya dan en. tunang terus shoot balik kampung semata-mata nak makan semua-semua tu. En. tunang? Oh! Dia tak kerja. Off day untuk 2 hari. Hari jumaat dia sambung balik kerja.
Sampai-sampai je, masing-masing dah sibuk membakar. Fuhh, nasib baik jalan tak sesak. Smooth je. Tiada halangan daripada lori-lori gaint. Laju je en.tunang bawak. Macam pelesit. Hahaha.. Sabar ye en.tunang. Dah sampai tu, apa lagi, saya siapkan diri, baru join dengan mereka-mereka semua.
Amboi, makan macam nak menjamu 100 orang makan. Apa taknya, ayah kata masing-masing ada sumbangkan bahan mentah. Sebab tu menu banyak lorrr. Saya paling kenyang sebab en.ketam ada. Akhirnya, dikau dapat ku terkam en. ketam. Wahaha...Tak tahulah nak cerita macam mana lagi.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjG-fgvzw5dEumh8a9Ueto90jXbb-7kLFNgWU6IvkanoycTUAHSjwFbEyVZB6AHzyzhTbRjUaWZ3RtdwOD9bRqBy6-QlR5YEbsY9d7MEzAX6jXWMJauUwj7yLGvPZdFoq17o1JOF6B3pF8/s1600/C360_2014-05-01-10-46-46-470.jpg) |
Dunia mereka. Berdua lebih baik. Bahaha...haruslah botak, haruslah cantik, mainlah puas-puas selagi hayat dikandung badan.Hihihi. |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgcLifnZux4iCKsmLC2akrvD6-DILHO4jg4Un1zGDbuGm4tumCCX_Ufej3Idl4uwcOFy104zui6nZ8J964LgJOOmX4OHoA87IUyzSUz0Ye35P6YPAvsZLEguvCuhL29TNuNc7iTziBEM0M/s1600/C360_2014-05-01-10-47-10-553.jpg) |
Bila adik-adik saya semua ni dah jumpa kamera, baik prince mahupun princess. |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjeXxfwbq5aWRq0akhF6TtjVsFIe61ouhgehKp2ZdQoKpkvWRkZL0VY4O1EjKJf7YN3GflhOll9NcQfEKpoumYtLTy-mDJxVKL75fRmICTWE1LWyXDREXf717pRoRiGQPjPBZVhqMYQqcw/s1600/C360_2014-05-01-10-47-33-208.jpg) |
Nampak tak! Nampak tak! Masyuk !! |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjF4A3OMCKEIxz1kHvE8ja17pfqbZS5n808OF4BvhRCJFesAe9DVwnxMvMHBpndIEQGzFBauUQMeStSMLhWYONWXVgWizZBYYai0cLBrMFd2-XF8yABXWC3qflWiLZ4g8ckfZZrIbT2w5I/s1600/C360_2014-05-01-10-48-07-638.jpg) |
Masaklah oit...Hangus kang. |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEin4E5uvRK5BP2BwNJ_HhwUMDXNoK4oksIhN845CWAbr3DxpuxXFA-jNli8aOBizxbgyP7yXUZqEpfrJD_M2wkrL00mAM1soCV0OsbSwPzPjSRf3pdi3wfV6tp983NoRtxbYlDFnbQn8Fk/s1600/C360_2014-05-01-10-50-17-980.jpg) |
Nilah adik-adik ku yang pantang jumpa kamera. Turun temurun. |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiOfo0am6qKVdEYkmBwsZ6dkhO55zpgEQCqevcnovOcbyD6sMTGjx9a09S1M2skoLP9AvLMTaHjrI3fDNNmvf6XUQcr104QJFTDk5khPxjPBuin5iOKl31TcALs2kcLxkHlK68wvKlMCHA/s1600/C360_2014-04-30-21-56-00-4582.jpg) |
Ada cerita disebalik nak amik gambar ni. Sorok-sorok kot. Lepas masing-masing kenyang, mulalah nak duduk bersandar. Lepas tu Mak uda ke mak, tak pasti suruh amik gambar bapak-bapak bersandar kekeyangan. Tap, boleh pulak terselit si bujang. En.tunang, bila nak amik bahagian? |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh1q4Zd9GS4N02f4zxlJ2MzjP3GAjZnsPkcmPwi40tx53ghIee3CDnNVQ4Vqrp87TDlthVCpwVi1Q25LdbVqXwmVv-k0p8k-SZByKkHrRWVaCChIWfSYDqy-wPBlk4CjvbHpeP_sBfB6I8/s1600/C360_2014-04-30-21-16-51-0922.jpg) |
Nampak tak muka puas hati melahap ketam? Sila abaikan sebiji di pipi tu. |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgBZHBFcT-JFH8LWnxLqBXaaSALemsm16sMXETpYC-Di5wWWkHQ-0Y5Bg9cA-CajHJ66iGXDBg4ZwGM9XJIqYCJ0mHO4JNh-2H31kGUweaOL7TR5Z7k0aAqTEVZJkwNGikjWfPVvZp-KcQ/s1600/C360_2014-04-30-22-49-41-652.jpg) |
4 ekor ketam ini, saya yang punya. Bahahaha... |
Alhamdulillah, didikan arwah tokyah, kami masih lagi buat makan-makan bersama, berkampung bersama-sama. Hikmah tinggal berdekatan. Masih tidak tengelam, walaupun arwah tok yah tak ada. Seronok bila makan ramai-ramai ni. Cuma, kekurangan seseorang. Adik saya yang tengah lelah di PLKN. GAMBATE!! adik tinggal lagi 3 minggu je lagi.
Oklah, sampai sini je kite ketemu. Jumpa lagi di cerita yang akan datang. Terima kasih membaca.
*Kredit kepada adik-adikku yang sudi sedekahkan gambar-gambar ni. Choiii!!!!
3 comments
bagus bagus buat makan, gather gather macam ni....kena ada sikap kerjasama dan sporting. Bukan mudah nak kumpulkan adik beradik yg ramaikan.....
ReplyDeleteBetul-betul. Dlm ramai-ramai tu, kene ada sorang yang mengerakkan semua agenda. Baru berkesan. Kira macam leader. Alhamdulillah, masih kekal.
DeleteHi, Erna.. :)
ReplyDelete