Cinta Kasih Dunia Akhirat

Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum semua....

Hari ini ingin saya ceritakan tentang seseorang yang saya cinta, kasih, rindu dan sayang. Saya tidak ingin cerita tentang keperibadian beliau tapi ingin cerita tentang apa yang saya pernah lalui dengan beliau. Beliau adalah emak saya.

Masa saya kecik dahulu, saya seorang yang sangat nakal. Nakal dengan adik saya. Pernah suatu ketika, saya sedang bermain-main dengan adik saya, kemudian saya terbengkokan jari adik saya yang no 2 kebelakang. Melalaklah adik saya tu. Satu rumah kot dia nangis. Mulalah saya takut. Takut mak saya dengar, tapi kalau dah melalak, konfirmlah mak saya dengar. Mak saya datang ke arah kami. Mak tanya dengan saya, mengapa adik saya nangis. Saya cakap tak tau. Tapi boleh pulak adik saya bagi tau mak saya yang saya patahkan jari dia. Alah tak patah pun, terkehel pun tak. Tapi sakit kot. hahahaha..Apa lagi, mak saya pun cubit saya dan marah saya. Gerun kot.

Pernah jugak, mak saya kejar saya keliling satu rumah sebab pergi main pastu jatuh basikal. Dahlah kaki sakit sebab jatuh basikal, ditambah pulak kene kejarkan. Bila dengar je mak marah pastu bawak penyapu, mau taknya takut. Terus lari keliling rumah. Mak pun kejar dengan bawa penyapu. Agaknya, mak dah penat. Mak pun kata "mana nak lari tu, tak reti nak letak ubat." Even tengah marah pun, mak saya tetap risau. Walaupun takut nak dekat dengan mak, saya tetap juga pergi ke arah mak saya. Kaki sakit kot. hahaha..Tulah nakal lagi.

Di rumah, mak saya adalah guru yang paling awal sebelum saya mulakan persekolahan saya. Setiap kali belajar, rotan mesti ada sebelah emak. Saya ingat lagi, masa tu belajar mengira menggunakan sempua atau dekak-dekak. Garang wo masa mak saya ajar saya mengira. Kalau tak jawab dengan betul, rotan konfirm sampai depan saya. Sampai menangis-nangis saya belajar. Setiap hari saya akan belajar mengira dan membaca. Kerja sekolah tu lain. Lepas siap kerja sekolah, belajar mengira. Sebab tu jugak kot, saya suka matematik dan sehingga kini saya suka matematik. Hahaha....

Tapi, segarang-garang mak saya, kini raut wajah dia menjadikan saya begitu teguh untuk memberi yang terbaik untuk beliau dan kehidupan saya. Walapun, sehingga kini saya tidak mampu membalas segala jasa beliau, dari segi didikan beliau, kecekalan beliau, masakan beliau, hasil jahitan beliau dan panas terik mengambil saya daripada sekolah, saya tetap dan akan terus cuba untuk memberi kegembiraan kepada beliau.

Sesungguhnya, saya begitu menyanyangi emak saya. Emak, along, ika dan adik sentiasa menyanyangi mu. SELAMAT HARI IBU untuk dunia dan akhirat.

"Ya Allah, ampunilah dosa ibu kami, sejahterakanlah ibu kami dan tempatkanlah ibu kami di kalangan orang yang solehah di akhirat kelak. Aminnn"


Emakku, Pn Azlina Binti Othman.


Cerita Kasih Dunia Akhirat 2



Share:

0 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^