Resepi: Bebola Kentang Daging
Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum semua.
Baru-baru ini teringin nak makan bebola potato cheese. Masalahnya, Erna lupa beli cheese. Rancangan wajib di teruskan. Jadi, Erna tukar cheese dengan daging burger Ramli. Marvelouse. Daging burger Ramli tu Erna buat bulat-bulat kecil. Jadilah resepi bebola daging cheese.
Resepinya sangat simple. Tak susah. Semua orang boleh buat. Tak percaya bolehlah cuba resepi ini.
BAHAN -BAHAN yang diperlukan:
1). Kentang 4 biji (ikut suka hati korang nak guna beberapa biji).
2). 2 keping daging burger Ramli. (Dibulat kecil)
3). Daun sup/ saun bawang.
4). Lada hitam/lada sulah.
5). Garam secukup rasa.
6). Bread crumps.
CARA-CARA MEMASAK:
1). Kentang dikupas kulit dan di goreng. Nak rebus pun boleh tapi Erna suka goreng. Sebelum goreng tu, potong dulu yek. Nanti tak masak.
2). Selepas tu, lenyekkan kentang yang dah digoreng.Erna pakai tumbuk je. Lagi senang.
3). Gaulkan kentang yang telah di lenyek bersama daun sup, sedikit garam secukup rasa dan lada hitam/lada sulah. Jangan lupa potong daun sup dulu.
4). Bila dah siap bulatkan kentang yang telah dicampur tadi dengan daging burger ramli yang telah dibulatkan tadi.
5). Panaskan minyak, sebelum tu salut dengan telur dan bread crumps. Akhirnya kita goreng sehingga warna oren keemasan .
6). Dah siap goreng, bolehlah kita hidangkan dan makan.
Mudah je kan. Apa lagi, cubalah. Tak cuba tak tahu.
Jumpa lagi.

2 comments
mudah n sdp!
ReplyDeleteNampak mcm best jer resepi ni, thanks for sharing
ReplyDelete