Souvenier From Chiangmai, Thailand


Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum semua.

Sejak akhir-akhir ini, Erna sangat letih Kak Kiah. Balik rumah je mesti lepak. Masa cuti pun lepak. Nak lipat baju malasa, nak masak malas, nak basuh baju malas, nak sapu rumah pun malas. Sebab tu Erna jarang updated blog dalam beberapa hari ini. Badan nak baring je. Tak nak buat kerja.

Lagilah pula, kerja masa hari sabtu. Perghh!! Dia punya penat jangan cakaplah. Sebabnya, kami mengemas pejabat satu hari. Tapi penat tu hilang sikitlah walaupun tak banyak sebab kami dapat souvenier daripada bos kecik. Bolehlah kan bos.

Souvenier ni datangnya daripada Thailand. Bos beli cenderahati di sana dan hadiahkan kepada kami. Bukannya kami pergi sana yek. Tak kesampaian lagi nak kesana.

 photo 2016-03-27-23-05-34_zps1ip0telv.jpg
Souvenier yang di garab pada tangan bos. Hahaha. Beg dan fridge magnet tu datangnya daripada Thailand. Manakala coklat tu daripada Singapore. Ingatkan daripada Thailand juga. Nasib baik bukan daripada Thailand. Terima kasihlah bos. Nanti bagi lagi yek.

Pandai bos amik hati kami yek. Macam Erna cakap dalam entri sebelum ini [Klik Sini], Bos kecik ni cerewet sikit tapi pemurah hati. Bab-bab souvenier ke makan-makan ke memang tak lupa staf dia. Tapi bila masuk bab kerja, pening kami dibuatnya. 

Sabar jelah yek.

Tags:

Share:

0 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^