Boboiboy The Movie 2016: Semangat menontonnya
Bismillahirrahamannirrahim.
Assalamualaikum semua.
Akhirnya, hajat En Husband nak tegok Boboiboy the movie terlaksana. Oklah, kali ini I belanja you ye my dear. Next cinema, you belanja I tau.
Sumber dari Google |
It's Awesome! Memang terbaik. Tak tahu nak cakap macam mana dah. Banyak aspek yang Erna kaji selain daripada jalan cerita. It's awesome. Really.
Mulanya, kami berdua main tarik tali nak pergi tengok cerita itu ke tidak. Al-maklumlah, kene bajet sebab bulan ni banyak bergerak jalan jauh. Tapi bila tengok En.Husband memang nak tengok sangat-sangat, kita pun belanjalah beliau.
Book online tgv cinema. Sebab, jika pakai terjah mesti tak dapat seat yang best. Lagipun, masa tu kami pergi hari sabtu selepas dia balik daripada kerja. Itupun terkejar-kejar masa sebab pukul 10 malam dia masuk kerja balik. Bila booking secara online, Alhamdulillah dapatlah seat yang best sikit.
Nasib baik book awal-awal. Itu pun hall hampir penuh. Aiyak, sangat best ma. Masa tunjuk tiket ni dekat husband, senyum lebar ok. Lepas ni belanja cerita lain pula yek. |
What do you think about the movie? Speaking okay. More adventure. Ada SUPRISE! pada jalan cerita. Bila ada suprise pada jalan cerita, maka ceritanya jadi best. Kemudian, penghasilan karektar semakin matang. Yang paling penting, banyak moral yang kita boleh ambil ok. Menitik beratkan tentang janji dan persahabatan.
Selain itu, efek 3D walaupun ianya adalah 2D image membuatkan erna sendiri menjadi tertarik. Movie ini boleh menjadi inspirasi kepada pakar grafik yang baru. You should be take this movie as your inspiring for your idea. Teknik yang berkesan. Yang pasti, kanak-kanak pun suka. Bukan setakat kanak-kanak, orang dewasa pun suka.
Bila pandang muka En.Husband, tahulah yang dia sangat berpuas hati. 5 star kami bagi movie kartun malaysia kali ini. Selepas Upin dan ipin, Boboiboy the movie pun sangat best. Dengar budak-budak ketawa. Lagi tadi asyik kata best je. Memang best pun. Rugi Kak Kiah tak pergi tengok.
Lepas sahaja movie Itu tamat, dalam panggung tu gemuruh dengan tepukan orang ramai. Mostly yang tengok ialah ibubapa bawa anak-anak mereka pergi tengok. Lagipun masa itu ialah hari sabtu. Cuti sekolah kan. Penuhlah.
Oh, lupa nak habak. Boboiboy The Movie ini juga sebagai hadiah birthday to my lovely husband. Bagi hadiah awal-awal. Sebab masa birthday dia, saya dah sibuk mengemas barang balik kampung. Hihihi....
Oklah, jumpa lagi. Jangan lupa tengok movie ni tau. Sesuai untuk seisi keluarga.
0 comments