Perihal bos kami


Bismillahhirrahmannirrahim.
Assalamualaikum semua.

Apa yang korang rasa apabila mempunyai seorang bos yang terlalu nak perfect semua benda. Termasuklah benda yang remeh temeh. Jenuh kami semua berdepan dengan bos macam ini. Yang itu kene sempurna, yang ini pun kene sempurna. Agak malang pada bos dapat staf yang tak ambil pusing tentang kesempurnaan beliau.

Sebelum ini, Erna ada luahkan perasaan berkaitan tentang kerja Erna. Terasa terbeban dapat bos macam ini. Tapi Erna ada belajar dengan rakan sekerja yang lain bagaimana nak berdepan dengan bos kecik ni. Agak-agaklah korang, sangat kejam korang punya tentangan tu. Itu bos kot. Eh! Kejam-kejam pun rakan-rakan kerja Erna ni, mereka tetap juga ikut kata bos kecik. Tak memasal gaji kene potong.

Walaubagaimanapun, bos kecik ni baik hati. Sayang haiwan, even semut pun. Dia tak bagi kami bunuh semut. Office Erna tu penuh dengan semut. Kita orang geram dengan semut-semut tu, jadinya kita orang sembur dengan sheildtox yang berwarna hijau tu. Ala yang base water tu. Itupun dia tak bagi kami bunuh semut tu. Habis tu tak kan nak halau semut tu. "Shuhh! Semut pergi dari sini". Tak makan saman.

Bos kecik sayangkan tanaman. Tahun lepas, negara kita mengalami panas yang melampau macam apa yang berlaku sekarang ini. Jadi, kaji cuaca ramalkan akan berlaku kemarau. Kesusahan jiwa bos kecik ni sampai sanggup siram rumput depan pejabat Erna. Takut rumput tu kekeringan dan berlaku kebakaran. Sekarang ini, dia sibuk nak tanam pokok teratai dia depan pejabat . Bersemangat sungguh. Tapi tak risaukah dia, air dalam pasu tu akan berkurangan?

Sometimes, dia rajin belikan kami santapan petang atau berlanja makan tengahhari  Perghh.. Syahdu kita orang. Tapi, masa tu jelah syahdu kami. Bila bab kerja, tekanan kami dibuatnya. Nak buat macam mana.

 photo 2016-03-18-18-17-53_zpshcblbc8r.jpg
Kami dapat AuntieAnne's sorang satu. Terima kasihlah bos. Teruja kami dapat makan ni. Nanti boleh beli lagi yek. 


 photo 2016-03-18-18-20-30_zpsccx1o4lp.jpg
Bos beli 2 perisa iaitu coklat dan sour cream. Erna pilih coklat. Adanya AuntieAnne's ini maka penuhlah pantri pejabat.


Taktahulah nak cakap apa lgi. Bos kami ni pelik sikit orangnya. Sebab tulah kot sampai sekarang tak kahwin-kahwin lagi. Opss! Hahaha

Walaupun bos kita tu cerewet orangnya, nak tak nak kita kenalah bersabar sebab dia yang bayar gaji kita. Memanglah tekanan dapat bos yang cerewet tapi kita kene juga tengok dari sudut positif. Betulkan kak Kiah?

Jumpa lagi.




Share:

3 comments

  1. Spesis boss ni memang mcm mcm karenah. Ada kelebihan dan kelemahan masing masing.

    ReplyDelete
  2. Spesis boss ni memang mcm mcm karenah. Ada kelebihan dan kelemahan masing masing.

    ReplyDelete
  3. Hii. Betul tue. Bos biasalah kalau nak yang perfect je. Dah nama pun bos kan. Cuma harap dia faham kelebihan dan kelemahan staf sendiri jugak :)

    ReplyDelete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^