Otak letih, badan lesu


Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum semua.

MasyaAllah, dah 4 hari Erna tak bertemu dengan korang semua. Terutamanya Kak Kiahlah kan. Rindu korang. 

Letih. Kerja terlalu banyak di pejabat. Balik rumah, uruskan rumah. Bila dah letih, memang tak menjenguk pun blog korang dan blog sendiri pun tak. Even, Erna dan En.Husband balik kampung pun, Erna langsung tak pegang handphone. Sibuk melayan anak buah dan adik sepupu.

Alhamdulillah, hari ini Erna tetap nak update blog. Rindu korang. Jadi, kene amik masa juga untuk menjenguk korang yek. Blog pun masih dalam kemaskini. Tak siap lagi layout blog Erna. Hari ini juga nak siapkan. Malah, bahagian bloglist belum update lagi. Terima kasih ye Kak Mamalia.com. Saya akan masukkan blog mamalia.com nanti.

Ini pun, kerja pun belum siap. Lukisan tempahan pun belum siap. Letih Kak Kiah. Otak ini letih. Bila otak dah letih, tekanan turun ke badan. Jadi, badan cepat lesu. Bila badan dah lesu, rasa nak baring je. Tak buat kerja dah. Tapi kene juga buat. Itu yang tinggal je semuanya.

Don't worry Kak Kiah, Erna akan buat apa yang Erna dah listkan kat atas tu. Erna janji.

 photo 2016-03-02-16-35-57_zpsay8nzu6v.jpg
Ini adalah salah satu contoh design untuk training company yang baru. Ada 4 design ke semuanya. Mau tak letih. Nak keluarkan idea ni bukan macam makan kacang Kak Kiah. Sampai nak termuntah-muntah. Tak apa. Lagi 2 hari jelagi. Lepas tu cuti.


Jumpa lagi.



Share:

2 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^