Siapa yang faham akan kami?
Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum semua.
Bila dah cuti lama, mulalah liat nak masuk kerja. Aiyakkk!!!! Malasnya lahai nak kerja. Siap boleh tanya En. Husband lagi, "Abang, tak pergi kerja boleh? Ngantuk". En.Husband yang masih lagi bergelumang atas katil pun boleh balas suruh kita pergi kerja. Alahai, nak berhenti kerjalah macam ni.
Bukan apa, tak larat nak berdepan dengan cik bos yang tak faham-faham akan kerja kreatif ni. Mana nak keluarkan idea, mana nak hadap muka cik bos. Nasib baik big bos jarang masuk pejabat Johor Bahru. Itu pun dah pening kepala berhadapan dengan Cik Bos. Aigoo! rupanya keluarkan idea design untuk bos/company majikan dengan idea untuk perniagaan sendiri sangat-sangat berbeza. Tekanan dia pun berbeza.
Kadang-kadang tu, rasa nak menangis, rasa nak muntah; semuanya ada. Nak mengadu dengan En.Husband, dia pun berhadapan dengan suasana yang lagi menyampah. Jadi tak naklah kacau dia. Keluarkan idea design untuk cik bos ini bukan macam petik jari, idea terus keluar. NO! NO! NO!
Walaupun seminggu waktu yang diberi, tapi satu apa pun idea tak mai datang. Sakit jiwa kita dibuatnya. Buat ini salah, buat itu tak kena, buat bulat tak masuk punch line. Ingat Maharaja Lawak Mega yang perlu ada punch line? Ini Design kak Kiah. Jika design tempahan daripada ErFaz ArtDesign tak apa kak Kiah, suasananya berbeza. Ini untuk cik bos yang mementingkan kesempurnaan untuk perkara yang remeh-temeh. Faham Kak Kiah.
Bila cik bos dapat design yang beliau inginkan, dia punya senyum lebar mengalahkan joker. Baiknya dia, pijak semut pun tak mati. MasyaAllah, mengumpat bos nampak? Dalam company Erna, ada seorang je yang faham akan kerja kita ni. Dia pun banyak buat kerja macam Erna. Bila kami kongsi masalah-masalah, hanya kami berdua je yang faham. Orang lain tarak faham sebab masing-masing berbeza jobnya.
Jadi siapa lagi yang faham akan kerja macam kami, macam Erna? Sila angkat tangan.
Ok, habis dah bebel. Jumpa lagi!
0 comments