Special from my husband.


Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah, seronoknya saya Kak Kiah. Balik kerja penat-penat, En.Husband masak lauk untuk makan malam semalam. Itu di kira Isteri pemalas ke? Oh! Ada kes sebenarnya. Tak apalah Kak Kiah, nanti kita cerita yek.

Semasa perjalanan pulang ke rumah, otak Erna ligat berpusing untuk mengatur apa yang akan Erna lakukan bila sampai di rumah. Semua tersusun rapi. Penat tu memang penatlah kan. Tapi, siapa lagi yang akan uruskan rumah? Nak harapkan orang gaji, memang taklah kan. Tak pasal-apasal, En.Husband terpikat. Sebelum jatuh ke tangan orang lain, biar Erna yang ikat En.Husband dulu.

Bila sudah sampai perkarangan dan meniti setiap tangga yang berada di flat taman perumahan tu, otak Erna masih ligat berpusing untuk merancana nak masak apa untuk husband. Jenuh lah Kak Kiah nak naik tangga. Nasib baik rumah level 5 daripada level 5. Kurus macam ini. Hahaha...

Sampai-sampai je, En.Husband sambut dengan senyum. Lepas itu, dia suruh Erna berehat. Eh! Mana boleh En.Husband. Lauk tak masak lagi. Nasi pun belum masak. Al-Maklumlah, tak sempat nak masak pagi semalamnya. Bila kita tak dengar cakap En.Husband, dia mula naik kening. Oklah, kita rehat. Rupa-rupanya, En.Husband nak masak. Nasi pula dah siap masak.

Yelah kita rehat. Pergh, seronoknya dapat melunjurkan kaki. Dapat rehat sambil menonton tv. Kelentang-kelentung En.Husband di dapur.

 photo PhotoGrid_1456328202038_zpsfwmrar7s.jpg
Lauk simpel yang tiada nama tapi sedap. Telur dadar version En.Husband pun ada. Masak lagi yek nanti.


Lauknya sangat simpel tapi sedap. Sangat sedap. Berbunga hati Erna. Terima kasih En.Husband. Boleh tak hari-hari masak lagi. Peace..:)


Jumapa lagi.


Share:

1 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^