Sedap sangatkah aiskrim sumi?


Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum semua.

Secara umumnya, semua orang dah tahu tentang Aiskrim Sumi yang di viralkan. Kemudian, semua orang berpakat untuk mencuba resepi Aiskrim sumi tu. Buka laman Facebook, penuh dengan aiskrim viral. Buka blog pun macam tu. Sedap ke Aiskrim Sumi tu sampai semua orang terpikat?

Bila perkara viral itu menjadi tarikan, maka ianya juga telah menarik minat keluaga Erna sendiri. Maka terhasillah Aiskrim Sumi tersebut. Maka, terjawab sudah teka teki kesedapan Aiskrim Sumi itu. Mak Cik Erna bagi kita dan En.Husband 2 batang Aiskrim. Cukuplah kami merasa.

Oh! Lupa nak bagi tahu. Erna dan En.Husband berkesempatan balik kampung Pengerang. Dapatlah Erna menatap dan memegang anak buah Erna yang pertama tu, baby Rafiq. Kemudian singgah rumah nenek jumpe adik sepupu Erna yang sebaya dengan baby Rafiq tapi tua sebulan dengan baby Rafiq, baby Puteri. Masa tulah Erna tahu yang makcik Erna tengah menyiapkan Aiskrim Sumi tu.

 photo 2016-02-28-11-19-43_zpsd0l7otne.jpg
Aiskrim Sumi hasil tamgan mak cik. Masam-masam manis macam tu. 

Pada pendapat Erna, Aiskrim Sumi ni berlemak susu pekat dan susu cair. Tambahan pula,rasa sedikit masin. Masin-masin manis. Masin disebabkan garam dan manis disebabkan susu. Ala, rasa puding koktail tu Kak Kiah. Tapi yang ini di buat Aiskrim tambah sumi je. Sedap jugalah. Bagi peminat tegar pasti menyukai Aiskrim Sumi ini.

Jumpa lagi.

Share:

3 comments

  1. Oh, orang Pengerang ke? Senegerilah rupanya kita ni ya! Hidup Johor ^_^

    Saya orang BP tapi dah mengaku jadi orang KL tanpa paksaan!

    Saya ni jarang mengikut perkembangan di media sosial. Aktif di blog aje. So, seriously saya tak tahu pun pasal aiskrim sumi ni. Sumi tu bukan jeli ke?

    ReplyDelete
  2. Benda kalau manis...semuanya suka..hihihi...tapi Slaly belum rasa nak buat atau nak cuba :P

    ReplyDelete
  3. viral dah aiskrim ni. balik kampung kene try buat jugak ni. hehe

    ReplyDelete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^