JOM PUKUL KEPALA IBLIS

Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum sahabat...

Salam jumaat daripada Erna. Masa Erna jengah-jengah Facebook, Erna terbaca sesuatu peringatan yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus buat kita. Syaitan ini, musuh kita. Syaitan suka benda yang dilarang oleh Allah. Makin kita buat, makin sukalah dia kan. Tapi, syaitan ada kelemahan juga. Setiap kebaikan dan amalan yang kita buat akan melemahkan syaitan. Setiap apa yang Allah jadikan. tidak pernah sempurna. Hanya Allah je yang sempurna.  Jadi, apa kata kita ikuti perbualan antara Rasulullah dan syaitan.

Rasulullah bertanya :  “Apa yg kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku hendak solat?”
Iblis menjawab :  “aku merasa panas dinding dan gementar”
Rasulullah : “kenapa?”
Iblis : “Sebab setiap seorang hamba bersujud 1X kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat”

Rasulullah : “jika seorang umatku berpuasa?”
Iblis : “tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka”

Rasulullah : “jika ia berhaji?”
Iblis : “aku seperti orang gila”

Rasulullah : “jika ia membaca Al-Quran?”
Iblis : “aku merasa meleleh laksana timah di atas api”

Rasulullah : “jika ia bersedekah?”
Iblis : “itu sama saja org tersebut membelah tubuhku dgn gergaji”
Rasulullah : “mengapa boleh begitu?“
Iblis: ”sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya, iaitu :
           1. Keberkahan dlm hartanya,
           2. Hidupnya disukai,
           3. Sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dgn api neraka,
           4. Terhindar dari segala macam musibah akan terhalau dr dirinya,

Rasulullah : “apa yg dapat mematahkan pinggangmu?"
Iblis : “suara kuda perang di jalan Allah.”

Rasulullah : “apa yg dapat melelehkan tubuhmu?”
Iblis : “taubat org yg bertaubat”

Rasulullah : “apa yg dpt membakar hatimu?”
Iblis : “istighfar di waktu siang & malam”

Rasulullah : “apa yg dpt mencoreng wajahmu?”
Iblis : “sedekah yg diam2”

Rasulullah : “apa yg dpt menusuk matamu?”
Iblis : “solat fajar”

Rasulullah : “apa yg dpt memukul kepalamu?”
Iblis : “solat berjemaah

Rasulullah : “apa yg paling mengganggumu”
Iblis : “majlis para ulama”

Rasulullah : “bagaimana cara makanmu?”
Iblis : “dengan tangan kiri dan jariku”

Rasulullah : “dimanakah kau menaungi anak-anakmu di musim panas?”
Iblis : “dibawah kuku manusia”.

Rasulullah : “siapa temanmu wahai iblis?”
Iblis : “penzina”

Rasulullah : “siapa teman tidurmu?”
Iblis : “pemabuk”

Rasulullah : “siapa tamumu?”
Iblis : “pencuri”

Rasulullah : “siapa utusanmu?”
Iblis : “tukang sihir (dukun)”

Rasulullah : “apa yg membuatmu gembira?”
Iblis : “bersumpah dgn cerai”

Rasulullah : “siapa kekasihmu?”
Iblis : “org yg meninggalkan Solat Jumaat”

Rasulullah : “siapa manusia yg paling membahagiakanmu?"
Iblis : “org yg meninggalkan solatnya dgn sengaja”

### Perbualan ini diceritakan oleh ustaz Azhar Idrus dan di peroleh dalam laman facebook.

Macam tu rupanya. Seronok pula dapat pukul syaitan. Ingatkan tak boleh. Asyik kita je mudah jatuh di tangan syaitan. Rupanya banyak kelenahan syaitan. InsyaAllah, cuba untuk berjemaah lagi dengan husband pas ni.

Renung-renungkan.


Share:

1 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^