Istimewa untuk Baby Nur Muhammad Rafiq
Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikun semua..
Semalam, Erna dapat pancing barangan baby di AEON Taman Universiti, Skudai. Eh! Erna mengandung ke? Taklah Kak Kiah. Barang baby itu untuk Baby Rafiq. Anak buah Erna yang pertama sebelah Erna(Dalam perkiraan Erna memiliki 3 anak buah. 2 lagi sebelah En.Husband). Comel sangat baju baby. Erna dapat tangkap 4 helai baju rompers, 2 stokin dan 2 mitan ( sarung tangan ) dalam harga RM30. Comel sangat. Tak tahu nak cakap apalah.
AEON Taman Universiti ada buat promosi baju baby. Tapi, Erna tak beli pun dalam AEON. Erna beli di kedai lain tapi dalam AEON. Murah juga. Tu yang tak sangka boleh dapat 4 helai rompers. Nasib baik ada warna yang sesuai untuk baby lelaki. Banyak warna pink. Nak buat macam mana, sekarangkan perempuan lebih ramai daripada lelaki. Tapikan, rompers warna pink pun cantik. Geram je tengok. Eh! Takkan baby Rafiq nak pakai warna pink. Tak sesuai tau. Hahaha...Ok je nak beli tapi mesti semua jadi gunung berapi.
Bila Erna nak beli baju baby untuk anak sendiri? Ikutkan hati Erna ni, nak je beli semua yang ada tu untuk anak sendiri. Cumanya, rasa membazir pula nak beli semua sebab Allah kata belum masanya. Takkan nak menidakkan kata Allah. Betul tak Kak Kiah?
Mengenai Baby Nur Muhammad Rafiq Bin Norazizan. Anak buah Erna yang pertama yang dilahirkan di Hospital Besar Kota Tinggi, Johor pada 08 Feb 2016. Ikutkan tarikh doktor, baby Rafiq di jangka keluar pada 22 Feb 2016 iaitu sama tarikh lahir emaknya, adik Erna. Nak buat macam mana, Baby Rafiq tak menyempat nak keluar tengok dunia.
Alhamdulillah, adik Erna selamat bersalin pada 08 Feb 2016 pada pukul 02.03 petang. Kami semua ada pada masa tu. Masa lawat adik dan baby Rafiq di hospital selepas 2 jam bersalin, berderai juga air mata Erna. Bukan kerana Erna belum memiliki zuriat tapi menangis tanda kegembiraan. Melihat si kecil lahir ke dunia yang masih suci dan bersih daripada segala dosa.
Baby Rafiq tidak memiliki jaundice selepas dilahirkan. Erna sendiri mengesyorkan pada adik minum susu kambing semasa hamil. Pada mulanya, Erna suruh dia cuba susu Wildan kambing perisa coklat. Kesannya, baby Rafiq tiada penyakit Kuning.
Baby Rafiq baby yang baik pada awal keluar. Masa kami lawat, tidur je memanjang selepas minum susu. Tapi, selepas seminggu, emak bagi tahu baby Rafiq kuat berjaga di malam hari. Kesian emak dan adik. Amboi Rafiq, ajak mama dan papa main ke? Adik berpantang di rumah emak.
Alhamdulillah, sudah 3 minggu usia Rafiq. Membesar dengan sihat ye Rafiq. Mak long sayang Rafiq. Maaf Kak Kiah, buat masa ni Erna tak boleh share muka baby Rafiq. Tunggu baby berusia 3 bulan yek.
Jumpa di perkongsian yang lain.
Tags:
Keluarga
2 comments
alhamdulillah..tahniah dapat anak buah baru ya..moga baby menjadi anak yang soleh..amin :)
ReplyDeleteAllhamdulillah... so cute shirt... smg rafiq menjadi khalifah Allah
ReplyDelete