Rendah diri atau riak ketika dipuji?


Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, kita semua masih lagi diberi kesempatan waktu untuk berjumpa dengan hari Jumaat dan diberi peluang untuk menghirup udara yang segar. Malah, diberi kesempatan untuk menulis dan berkongsi dengan kawan-kawan semua. Syukur sangat-sangat.

Semua orang suka akan pujian. Sifat pujian akan memberikan kebahagian kepada individu itu sendiri. Sejujurnya, Erna selalu merasakan yang Erna tidak layak mendapat mana-mana pujian. Erna masih banyak kekurangan tapi ianya tidak menandakan yang Erna ni tidak yakin diri. Cuma merasakan diri ini tidak layak menerima sebarang pujian.

Tetapi, bila Erna menerima satu pujian, Erna tetap berasa gembira. Kira Erna manusia normallah kan? Rata-rata, semua orang akan gembira apabila menerima pujian. Dah nama manusiakan. Manusia memang di jadikan untuk suka benda-benda seperti itu. Betul tak Kak Kiah?

Sejak kahwin ni, selalu je En.Husband memberi pujian terutamanya dari segi masakan walaupun masakan itu mudah. Bila Erna dapat pujian daripada En.Husband, kembang hidung Erna. Haa! Tu kira normal jugaklah kan. Cuma, Erna selalu pesan pada En. Husband, jika masakan tak sedap, kata tak sedap sebab Erna boleh improve lagi. Memanglah , Erna akan rasa kecewa tapi sekejap je kecewanya sebab Erna akan baiki semula.

Pernah juga Erna mendapat pujian daripada Emak dan Ayah. Bila dapat keputusan yang memberangsangkan dalam peperiksaan, Erna akan bagitahu mereka. Mereka akan sentiasa kata.." Baguslah, nanti buat betul-betul pada peperiksaan akan datang.". Senyum lebarlah kita. Lagi-lagi masa tu Erna masih budak-budak.

Erna sendiri tak tahu yang Erna ini merendah diri menerima pujian atau tertimbulnya sifat riak. Walhal, tak salah kita memuji dan dipuji tapi limit itu tetap ada untuk manusia. Pujian itu selayaknya hanya untuk Allah.

Ada baiknya, jika kita jadikan pujian itu sebagai satu pendorong untuk memajukan diri kita dan orang sekeliling kita. Ianya mampu membahagiakan kita jika kita tidak terlalu berharap dan berpegang pada pujian.

Ada buruknya pula, jika kita memasang niat melakukan sesuatu hanya untuk mendapat pujian tanpa memikirkan perasaan orang lain. Ianya sudah menimbulkan ketidak ikhlasan dalam diri. Malah, timbul sifat bangga diri atau riak.

Jadi, pujian itu bergantung kepada diri kita sendiri. Bagaimana cara kita menerimanya dan mencorakkannya.Alang-alang suka memuji dan dipuji, jom kita memuji Allah.

Jumpa lagi di perkongsian akan datang.

















Share:

4 comments

  1. Terimalah pujian dengan rasa syukur dah rendah hati...iringi setiap pujian dengan istighfar supaya terhindar dari rasa riak..in sya Allah..amin..

    ReplyDelete
  2. Bila kita dpt pujian...katakan Alhamdulillah..=) segala puji bagi Allah..

    ReplyDelete
  3. Segala pujian yg kita dapat, berbalik semula kepada Allah yg menciptakan kita. :)

    ReplyDelete
  4. smg kita sentiasa dilindungan dr riak dan ujud...

    ReplyDelete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^