Tak dapat Kejar

Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum sahabat semua.

Kita nak luahkan perasaan ni kak Kiah. Boleh tak?

Ya Allah! Kak Kiah, rasa macam mana nak kejar kembali habit menulis dan berblogging ni. Rasa macam terkejar dan akhirnya tersembam di tengah jalan. Tapi, Erna cuba juga untuk mengejar kembali walaupun jauh di tinggal ke belakang.

Lama dah ni kita menulis dan berkongsi tetapi mesti berhenti di tengah jalan. Sebulan penuh dengan cerita. Kadang-kadang tu siap buat senarai lagi. Apabila kerja pejabat dan rumah berlambak, hilang terus senarai-senarai nak dikongsi dalam blog ni.

Kadang-kadang kesian. Takkan nak minta simpati kot. "Akak, sila jenguk blog saya". Teruk bebenar sampai meminta simpati. Nasib baik tak berlutut. Adakalanya join segmen sebab nak cari kawan balik, follow penulisan yang bagus, kemudian berazam nak jengah-jengah ke semua yang Erna join segmen. Akhirnya, terpaksa simpan rapi dalam almari sebab utamakan kerja yang berlambak dalam pejabat.

Kesian kita Kak Kiah. Masalah internet juga menjadi punca kenapa kurangnya berblogging dirumah. Sekarang ni, kita tidak memasang internet di rumah. Bergantung dengan mobile data jelah. Tapi tak puas guna smart phone. Skrin kecik. Nak update pun, lambat-lambat je. Sebab tu agak slow sikit.

Yelah, orang kata jangan jadikan alasan rumah tanggatu samapai tak dapat berblogging. Blogger yang popular pun ramai anak. Boleh je mereka blogging. Nak wat macam mana Kak Kiah, selain kerja berlambak dan limited connection, balik rumah je penat. Mana nak uruskan hal rumah, mana nak masak, mana nak tidur. Punca jugalah kan.

Apakah cadangan kak Kiah untuk Erna supaya sentiasa update dan selalu berkongsi walaupun satu hari satu post? Bagaimana pula cadangan Kak Kiah cara-cara untuk melawat semua rakan-rakan blogger. Oh, buntu sudah.

Ada tak cadangan daripada rakan-rakan lain untuk Erna? Erna perlukan bantuan daripada korang.






Tags:

Share:

0 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^