CNY Kembali!
Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum semua.
Tempatnya masih sama seperti sebelum ini iaitu di Qing Palace , Pulai Spring, Johor Bahru. Tak jauh daripada tempat kerja. Cumanya, jangan jalan kakilah. Ada juga yang suit-suit nanti. Memandangkan staf pejabat tak ramai, jadi boleh lah merasa makanan yang sedap-sedap sikit daripada bos. ahaks!!!. Rezeki jangan di tolak.
Mana Erna? Yang ambil gambar tu Erna lah. Ini staf Metalux. Yang Cina berbaju putih itu adalah bos kami. |
Yee Sang. Makanan utama dalam CNY Metalux. Kata Chinese New Year. |
Mari kita angkat tinggi-tinggi. Orang cina kata, lagi tinggi, lagi banyak ong! Itu mereka katalah. Kami pulak kata, bila nak makan ni. |
Pelbagai jenis lauk ada. Hahaha. Jemput makan. |
Ini pinggan saya. Kebanyakkan lauk mesti ada lauk vegi. Bos oder, kami makan je. |
Ini sebenarnya Teh. Teh herba. Ada nama dia tapi lupalah. |
Last but not list. Desert yang sama dengan tahun lepas. |
Erna ingat, tahun ni Erna tak akan merasa lagi CNY Lunch ni sebab kontrak lama Erna tamat sebelum CNY Lunch ni. Tapi, kontark Erna di sambung lagi. Oh Ye, kalau nak tahu dimana Pulai Spring, sila klik di bawah:
20km, Jalan Pontian Lama
81110 Pulai, Johor Malaysia
Tel : +607 521 2121
Fax : +607521 1818
Email: enquiry@pulaisprings.com
Jumpa lagi!!!!!!
*** Gambar agak blur sebab masa amik tu, tangan bergoyang menahan kelaparan.
1 comments
Mari kita angkat tinggi-tinggi. Orang cina kata, lagi tinggi, lagi banyak ong! Itu mereka katalah. Kami pulak kata, bila nak makan ni.
ReplyDeletehahahhahaha win betul