Berbakatnya DIA!!!! Beautiful Nature Paintings by Korean Artist An Jung-Hwan

Bismillahirrahamannirrahim.
Assalamualaikum semua....

Ok! Kak Kiah! Erna rasa macam Erna ni terlalu jauh ketinggalan. Sungguh Kak Kiah. Erna bukan rasa down tapi rasa macam " Jauhnya aku nak mengejar". Macam tulah Kak Kiah tapi ianya menjadi satu suntikkan semangat Erna.

"Sebentar Erna, hang cakap apa ni?"

Macam ni, sambil menyiapkan satu sketch untuk rakan sekerja, sambil tu Erna menjeling facebook. Apa yang menarik perhatian Erna ialah satu perkongsian berkaitan seorang pelukis daripada Korea, An Jung-Hwan yang menghasilkan karya-karya beliau iaitu Beautiful Nature Paintings.

Kebanyakkan lukisan beliau adalah berbentuk nature. Alam semula jadi yang penuh dengan kehijauan. Apa yang menariknya ialah setiap lukisan tersebut seakan-akan dalam gambar yang di ambil menggunakan kamera. Penggunaan atau cara warna beliau  menghasilkan bayang-bayang, contrast dan brightness yang memberi effek yang jitu.

Nak terang lebih pun, takut korang tak faham. Jadi, korang tengoklah sendiri gambar-gambar bawah ni.

Penggunaan warna hijau memainkan peranan. Eh silap, penggunaan warna kuning dan biru memainkan peranan. 

Santai giler melukis.


Nampak real kan? Betul tak?





Teknik cop cop. Itu nama yang Erna sendiri yang letak. Sebab tu, kita seakan nampak daun dari jauh. Sedangkan beliau hanya main cop-cop kecil. 

Inilah orangnya. Hensemkan? Hensem lagi En.Husband. Kulit sawa matang lagi best. 
Kesemua gambar ini di ambil di dalam laman facebook Tuvaldeki Sanat.

Rasa tenang je kan tengok ke semua lukisan beliau. Dah lah besar. Letak dalam bilik mesti tenang je. Nak tidur pun tenang je. Beribu-ribu lukisan ni jika di jual. Mesti jadi bersemangatkan orang-orang pelukis sekalian. Same to me.

Nak tengok selebihnya, sila klik di bawa:




Jumpa lagi  yek...


Share:

0 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^