Tips: Cara saya mengurangkan ngantuk ketika bekerja

Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum semua..


** Perhatian, post ini tersimpan sejak semalam. Sorry Kak Kiah.

Sumber yang diperolehi : google

Inilah padahnya bila minum air kopi di malam hari. Semalaman (22/02/2016). Erna tak dapat tidur. Guling ke kiri tak boleh tidur, guling ke kanan pun tak boleh tidur. Imsomnia ke aku? Eh! tak lah. Selalunya elok je pukul 11  masuk tidur. Ini semua berpunca daripada minum kopi di malam hari.

Pukul 4 lebih baru boleh lelapkan mata. Itu pun paksa tidur sebab pukul 6 kene bangun balik. Nak masak untuk husband, gosok bajunya. Yang penting solat Subuh tu. Lastly, pukul  6.30 pagi bangun. Adoi, terasa malas nak pergi kerja, tapi wajib pergi.

En.Husband shift malam. Jadi, sampai je En.Husband di rumah terus mengadu tak boleh tidur. Tapi kita pula kene WARNING!! dengan dia. Yelah, sebabkan kopi tulah Erna tak boleh tidur. Dia kata nak minum boleh tapi minum waktu pagi.

Akibat tak boleh tidur, mestilah mengantuk dalam pejabat. MasyaAllah, macam-macam cara Erna buat untuk mengurangkan ngantuk. Please mata! Ada kerja nak kene buat ni. Tak memasal Bos mengamuk sebab kerja tak siap. Nak tau caranya, teruskan membaca.

Minum air kosong. Erna memang bawa botol air 950ml. Tak sampai 1 liter pun. Setiap kali habis je, Erna akan topup di pantry pejabat. Air kosong bagus untuk sistem badan. Menyejukkan badan. Nak hilangkan ngantuk, Erna minum air kosong banyak-banyak. Tapi, macam tak menjadi je.

Keluar berjalan-jalan. Tak ada lah sampai ke shopping complex atau taman tema ke. Ada kang kene hantuk dengan bos. Pastu dikira ponteng kerja. Tak mahulah kita. Maksud Erna kat sini, ambil beberapa minit untuk ke tandas atau berlengang kangkung di luar kaki lima pejabat. Macam tu. Kalau pergi tandas tu, jangan lupa basuh muka. Tak hilang make up nya sebab Erna mana pernah pakai make up. Just tepek compact powder kat muka je. Bedak pun masih ada lagi lepas basuh muka. Haaa!! Nak tahu bedak apa yang Erna guna? Nanti Erna share yek. Dah basuh muka, ambil masa hirup udara di luar pejabat supaya oksigen sampai ke otak. Tengok pokok-pokok hijau di sebelah pejabat. Tenang je rasa. Em...tips ini berjaya juga menggurangkan ngantuk tapi tak adalah hilang terus. Sentiasa berulang. 1 jam atau 2 jam sekali kene buat macam ni,

Balas minum kopi balik. Malam kelmarin minum kopi. Itu yang buatkan Erna tak boleh tidur. Memang dari kecik sampai ke kahwin, Erna tak pernah minum kopi. Sekali dapat, amik kau terus tak tidur malam. Tapi kenapa kene minum kopi lagi di pagi hari? Pada Erna, disebabkan kopi, Erna tak boleh tidur, why not i would take a coffee again in the morning. It's working!! Memang tak mengantuk tapi waktu pagi jelah. Bila dah masuk petang, mengantuk semula. Tak kan nak buat air kopi lagi. Adoiii.....!!!!

Lelap mata beberapa minit. Ini bukan tidur terus ok. Erna menggunakan masa waktu rehat di pejabat iaitu daripada pukul 1 petang sehingga 2 petang. Erna tak keluar makan tengah hari sebab Erna bawa bekal. Masak pagi hari. Lepas makan, terus lelapkan mata sekejap. Dalam pejabat ada sofa. Bolehlah lelapkan mata. Lagipun bos tak masuk lagi. hahaha.. Berguna juga lah cara ini.

Mendengar lagu atau buka sesuatu yang bising. Sambil Erna membuat kerja Erna akan mendengar radio online. Hot fm is my radio. Ianya membantu Erna sehinggalah kerja siap. Apabila kita mendengar sesuatu di corong telinga kita, ianya membantu otak kita bekerja dan berjaga sebab otak kita menerima input daripada telinga. Jadi, kita akan sentiasa berjaga. Lepas siap kerja, kita bloging lah sebentar.

Sumber yang diperolehi : google.


Inilah 5 benda yang Erna lakukan semata-mata untuk menghilangkan ngantuk. Walaupun berjaya mengurangkan kengantuk Erna tetapi badan tetap rasa letih. Yelah, seharian tak tidur. Bila tak tidur, badan tidak cukup rehat. Akibatnya, Pagi ini(24/02/2016) Erna bangun lewat. Tak sempat memasak dan sapu rumah. Aiyak!!!!!!!

Ada tip-tip lain daripada kawan-kawan. Mesti adakan. Jika ada, marilah kita kongsi bersama-sama (skemanya ayat. ahaksss!!!!).

Jumpa lagi.


Tags:

Share:

0 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^