Contengan itu inspirasi


Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, Bulan Mac dah muncul. Sekejapnya berlalu. 

Kita mula berlajar memegang pensil dengan beberapa contengan. Kadang-kadang, satu apa pun tak faham apa yang kita conteng. Walaupun kita sudah pandai menulis abc, 123, alif ba ta tapi contengan tetap menjadi utama. Ibu bapa atau orang dewasa akan sentiasa memuji contengan yang dihasilkan oleh kanak-kanak. Sangat berimaginasi. Sangat kreatif. Betul tak Kak Kiah. Itu zaman kanak-kanak.

Apabila meningkat dewasa, kesempurnaan, kejituan dan kekemasan mula menjadi nadi dalam satu penulisan, karya dan kerja kita. Walaupun, satu garisan perlu mengunakan pembaris dan penulisan perlu berada selari, itu semua diambil kira. Contengan pula hanya sekadar pandangan dan simpanan. 

Tapi, mengapa kita memuji cantiknya sebuah contengan yang bewarna yang dihasilkan oleh seorang kanak-kanak berbanding dengan contengan yang dihasilkan oleh seorang dewasa, Mungkin, kita semua inginkan perkembangan seorang kanak-kanak. Contengan mampu memberi kepuasan kepada kanak-kanak dan inspirasi mereka terus berkembang dengan prihatin oleh orang dewasa.

Tahukah kita bahawa contengan itu mampu menjadi sumber inspirasi kepada orang dewasa juga? Memulakan sesuatu karya perlukan satu contengan. Menyiapkan satu task/assingment memerlukan contengan. Memulakan sesuatu penulisan memerlukan contengan. Ianya adalah figura untuk sesuatu penghasilan. Bukan pakai langgar je kan?

 photo 2016-02-29-20-42-31_zpssbxiyt4r.jpg
Ini contengan Erna sendiri. Ini contengan ada makna ok. Layout untuk design banner company. Bukan calang-calang. contengan. Hilang contengan ini maka hilanglah idea.

Contengan juga boleh dikatakan penghembusan emosi. Setiap contengan memberi pengertian dalam kehidupan manusia. Seorang pakar terapi memerlukan pesakitnya melukis atau menconteng sesuatu. Dengan lukisan tersebut mampu membaca isi hati seseorang atau memahami apa yang terbuku dalam hati individu tersebut.

Jangan memperkecilkan contengan kerana contengan itu akan mebuahkan hasil yang lebih bermakna. Contengan boleh menjadi karya yang indah, penulisan yang jitu dan task yang sempurna. Kerana contengan, kita dapat menyiapkan apa yang dirancangkan. Itu semuanya atas kehendak Allah.

Cukuplah sekadar perkongsian daripada Erna. Terima kasih membaca. Jumpa Lagi.



Share:

1 comments

  1. Kanak-kanak walaupun apa pun yang mereka lakarkan, indah sahaja di mata kita tapi tak begitu apabila dilakukan oleh orang dewasa sebabnya kita mengharapkan sesuatu yang lebih daripada sekadar contengan yang adakalanya kita sendiri tak faham maknanya.

    Orang yang kreatif ni tulisan mesti cantik. Akak ni cemburu tau tengok orang yang lakar sikit-sikit aje tapi nampak jadi macam sesuatu. Kalau suruh akak menconteng, memanglah sama aje contengannya dengan budak umur 5 tahun. Hahaha!

    ReplyDelete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^