Jangan Kata Tak Ada Duit!
Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum semua.
Hidup kita sekarang ini terlalu banyak bergantung kepada duit. Semua perkara memerlukan duit. Semua benda harus di beli dengan duit. Sampaikan dalam kita tak sedar, kita semua diperhambakan dengan duit. Mengejar duit untuk membeli keperluan, barang yang kita suka, rasuah dan macam-macam lagilah.
Sumber daripada google |
Tambahan pula, sekarang ini semua harga barang dah naik. Beras naik, ikan naik, ayam naik, gula naik, bil api naik, bil air naik, pampers budak naik, susu budak naik, apa lagi yang naik? Petrol naik. Eh! Petrol dah turun lah tapi kenapa barang masih lagi naik?
Aiyakkk!!! Gaji ada naik tak? Jadi, mana kita nak cari duit? Yes! Usaha dan terus berusaha untuk duit. Tapi kita dah macam mengejar duit. Bukan duit yang mengejar kita kan? Bila kita dah bayar semua bil, beli barang dapur dan bergembira sana sini, maka kuranglah duit kita.
Memang sekarang ini duit gaji atau perniagaan sudah banyak mengalir keluar dengan keperluan dan barang keinginan kita, tapi rezeki tetap Allah alirkan untuk kita.
Ianya bermula dengan niat kita. Sering kali Erna mengeluh dengan duit sudah kurang, duit tak ada, ada duit ke? kita ada simpan duit ke? Tapi sebenarnya Erna lupa semua keluhan Erna itu ada aura negatif yang menyebabkan emosi kita lemah dan aura negatif itu seakan menghalang untuk rezeki datang kepada kita.
Allah sudah menetapkan rezeki masing-masing. Hanya pada kita sahaja untuk kita mendapatkan rezeki itu. Rezeki yang diperolehi itu juga atas keberkatan daripada Allah.
Jadi, jika kita sering mengatakan "tak ada duit", maka kita tetap tak ada duit. Aura negatif itu sudah sebati dengan kita. Usaha pun sia-sia je. Tapi jika kita ubah persepsi kita bahawa kita sentiasa ada duit, maka duit itu tetap ada walaupun ianya sedikit sahaja atau cukup-cukup makan sebab ketika telah mendidik diri kita ke arah positif.
Alhamdulillah, walaupun duit cukup-cukup makan je, kami tak berlapar malah tetap dapat beli makanan. Lauk basah pun penuh dalam peti. Maknanya, Allah tetap beri rezeki. Dah dapat rezeki jangan lupa ucap Alhamdulillah.
Ingat ye kawan-kawan, jangan selalu kata "TAK ADA DUIT". Katakan " ADA JE DUITNYA". InsyaAllah, dengan izin Allah, duitnya sentiasa ada walaupun ianya RM5. Kira ada duit jugalah kan?
"Jangan hanya nak kaya duit sahaja tapi kayalah dengan amalan terutamanya sedekah, InsyaAllah kayalah duitnya di dunia dan akhirat kelak."
Baik Kak Kiah, Erna akan cuba akan amalkan sedekah. InsyaAllah. Gambate!!!!!
Tags:
Duit
Personal Share
4 comments
Sama je ngan nieyl...
ReplyDeletetapi kdg² diri ini lupa...bersyukur dgn apa yg kita ada kan...:)
sentiasa berfikiran positif..usaha dan seterusnya tawakal... :)
Rau xpe. Sekejap je mulut ni gatal ckp xde duit.
Deletesyukur alhamdulillah..boleh makan lagi hehehe
ReplyDeleteSyukur Alhamdulillah..
Delete