Selamat Pengantin Baru, Fahmi & Zulaiha
Bismillahirrahamannirrahim.
Assalamualaikum semua.
Seronoknya dapat cuti lama tapi yang tak seronoknya cuti tinggal sikit. Perghh! Cuit bulan 5 lagi, cuti raya lagi. Nampak gayanya, kene amik unpaid leave lah ni. Adoi. Ikutkan tak nak amik cuti tanpa gaji. Jika amik cuti tanpa gaji, gaji sikit. Jika gaji sikit, semua bajet pun kene potonglah. Eh Kak Kiah! Mana boleh fikir macam tu. Belum berlaku lagi kan? InsyaAllah ada rezekinya.
Apa yang Erna buat masa cuti tu? Balik Terengganulah. Adik Ipar Erna kahwin. Yeaaa!!! Dah kahwin dah cikgu Fahmi. Tapikan, yang paling seronok balik kampung mestilah En.Husband kita. Amboi, amik cuti punyalah lama. Kalah kita tau. Maaf ye En.Husband, tak boleh balik lama-lama. Kekangan cuti. Tunggu sayang tak kerja, baru kita balik lama-lama. InsyaAllah.
Jadi, cuti kami ini dipenuhi dengan agenda kahwin adik ipar. Tak banyak mana pun agendanya. Balik Terengganu hari Rabu petang. Khamis petang pula gerak ke Bachok Kelantan. Petang Jumaat pula balik Terengganu semula. Jadi, hari sabtu dapatlah duduk lama-lama dekat rumah Manir, Terengganu. Ahad petang baru gerak balik Ke Johor. Nampak tak perjalanan Musafir tu? Musafir ke? Yelah kot. Hahaha
Apa-apa pun, Tahniah buat Cikgu Fahmi dan Cikgu Zulaiha. SELAMAT PENGANTIN BARU! Masih pengantin barulah kan? hahaha . Semoga bahagia ke Jannah. Kene banyak bersabar. Macam En.Husband yang banyak bersabar dengan bini dia sorang ni. Kene saling memahami antara satu sama lain yek. Gaduh-gaduh tu perkara biasa dalam rumah tangga tapi jangan tepuk tampar pula yek.
Penat pulak nak menaipnya. Korang tengoklah sendiri. Khas buat adik ipar a.k.a pengantin baru a.k.a cikgu-cikgu sekalian.
Wahaha! Tak sabar nak balik kampung. Muka saya muka penat sebab baru balik daripada kerja. Pergh, tapi mata tetap tahan sebab nak teman En.Husband dalam perjalanan. Tahan Erna, tahan. 6 jam je perjalanan daripada Johor Bahru Ke Kuala Terengganu. |
Lengkap dah adik beradik En.Husband. Ada tambahan 2 budak kecik yang menyelit antara apak dan pak ngahnya. Si kecik siap posing dengan susu lagi. AIYOKKK! Masa ini kami dah sampai Bachok, Kelantan. |
Sempat lagi kami mengambil gambar sebelum majlis akad nikah. Eh! Kita nikah lagi ke husband? Jangan buat hal. huhuhu |
**Credit gambar daripada sendiri dan daripada Abang ipar. Credit juga kepada En.Husband yang jadi photographer. Macho gitu!!!!
1 comments
Selamat Pengantin Baru ♥
ReplyDelete