Ulser Mulut : Tips Mengurangkan Kesakitan

Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum readers.

Seksanya bila kita menghadapi ulser mulut. Saya panggil mata ikan sebab sebiji macam mata ikan. Kalau hanya sebiji je yang tumbuh dalam mulut, tak mengapalah jugakan. Ini, 2,3,4,5 biji yang tumbuh. Penternak mata ikan ke? Kesian ikan di laut. Semua mata depa kena cungkil.

Setiap bulan, WAJIB mata ikan ni muncul dalam mulut saya. Sekali tumbuh, 2,3,4,5 dalam mulut. Tak kisahlah kecik ke, besar ke. Tumbuh juga. Macam mana boleh tumbuh? Macam mana yek? 

Adakalanya, tengah bercakap, saya tergigit lidah. Seriau oitt bila tergigit. Cepat-cepat pergi kumur dengan listerine. Takutnya, mata ikan tumbuh. Konon nak elak, tetap tumbuh jugak. Kadang-kadang tu, timbul biji kecil pada lidah atau dalam mulut. Dalam hati selalu cakap, ini lain tak bukan nak kena mata ikan lah nie. Parah! betul-betul dia tumbuh. Kadang-kadang, mata ikan tumbuh bila saya nak datang bulan. Dah boleh agak dah.

Bila dah kene, nak makan punyalah payah. Jenuh nak kunyah dengan betul. Siap berang berut mulut masa mengunyah. Bila mulut terasa kering, mulalah saya kembungkan mulut. Sebabnya, tak bagi mata ikan tu terkena pada gigi. Tak kisahlah, mata ikan tu di lidah ke, di ujung geraham ke, pada pangkal bibir ke, saya akan kembungkan mulut. Tapi, takkan setiap masa nak kembungkan mulut. Betul tak? Saya harus buat sesuatu supaya bila masa makan tak rasa sakit dan tak perlu kembungkan mulut sepanjang masa.

Apa yang saya buat untuk mengurangkan rasa sakit ulser mulut/ mata ikan? Rasanya, banyak benda yang saya buat untuk kurangkan rasa sakit.

1.Berkumur dengan air garam. Bukan dengan cuka okai. Tak memasal korang menjerit satu kampung nanti.

Masa kecik-kecik dulu, mak selalu suruh kumur dengan air garam. Biasalah kecik kan, mulalah nak cengeng. Bila besar, tahan je. Sakit tak sakit, tahan je lebih.

2. Berkumur dengan ubat antibakteria macam Listerine. Colgate yang cecair tu pun boleh.

Macam-macam perisa ada. Bbiru, hijau, kuning semua ada. Tapi saya lebih gemar warna biru. Sekali kumur, mak datuk, melilih air mata tapi tak adalah sampai tahap menjerit 1 taman.

3. Guna ubat yang berada di farmasi atau kedai-kedai ubat untuk mengurangkan kesakitan. Yang saya tau ade 3, tapi saya guna 2 daripadanya.
Ini ubat yang selalu kawan-kawan dok habak kat saya. "Erna, guna bonjela erna." Masalahnya, saya tak pernah guna. Saya guna ubat yang mak saya siap-siap dah bagi kat saya.

Ini jenis cecair. Rasanya manis dan ada rasa panas dan melekit sedikit. Bubuh dekat mata ikan memang seriaulah sikit.

Ini jenis serbuk. Rasa macam pelik. Macam tanah. Tapi bagus. Mak saya selalu suruh guna yang ini. Lepas bubuh ubat serbuk ni, selalunya saya akan bagi kering sampai bibir saya kering. Agak-agak dalam 5 minit, saya lepas, pastu makan dengan jayanya.

Ada sesetangah orang pergi tenyeh mata ikan tu dengan garam. Wooo! pedih kot. Yang saya pernah buat pun hampir menangis, inikan pula menenyeh dengan garam. Tak sanggup den. 


Yang paling penting, JANGAN LUPA MINUM AIR SUAM. Bab ni, sentiasa kene amalkan. Kajian mendapati bahawa, kadang-kadang bila kita kene ulser mulut ini disebabkan kurangnya minum air, kurang vitamin B dalam badan atau jangkitan bakteria. Banyak lagi sebenarnya.

Wajib kita minum air sebab badan kita banyak toksik. Air suam dapat mengurangkan toksik yang berlebihan dalam badan. Mulut pun tak kering. Tak payahlah nak mengembungkan mulut lagi.

So, korang bolehlah cuba ye atau ada petua lain yang korang tahu untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut? Mailah kita kongsi yek. Jumpa lagi di lain entry. :)


Tags:

Share:

3 comments

  1. terima kasih banyak...tengah pedih ni sebab ulser..air garam je rupenye

    ReplyDelete
  2. tgh survey ni cmne nk hilang kan mata ikan T_T
    dah 5 hari dah..
    garam? serius?????
    baru baca, terasa pedih dia *menangis*
    acanor nk try ni -_-

    ReplyDelete
  3. sama la kita. every month wajib ada.. smpi 5 bijik. walhal sy kuay mnum air. dktor kta psl stress..

    ReplyDelete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^