Tutorial Melukis Manga

Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum semua.

Kemana menghilangnya mood saya di pagi ini? Hilang dari Najwa Latif bergema di gegendang telinga. Saya cuba bangkit di pagi hari dengan Basmallah dan senyuman. Anda semua bagaimana? Wahaha..tetiba semangat hilang. Macam mana ni?

Saya cuba mengembalikan mood saya dengan cara mencari sesuatu yang saya suka. Memandangkan sejak akhir-akhir ini, saya kembali melukis. Maka saya mencari ilham dan saya terjumpa sesuatu tentang lukisan. Kita semua boleh belajar tidak kira yang suka melukis ke tak suka melukis ke, yang grafik design ke tak grafik design ke, kita semua boleh belajar.

Ketika cuba mencari tentang cara menghasilkan bentuk mata yang sangat realistik (cari dekat cik Google je), saya terjumpa satu website yang menghasilkan tutorial lukisan mangga daripada mata sehingga pergerakkan. Saya sangat bersemangat apabila tutorial ini banyak membantu saya. So, korang pun boleh cuba!


Cara melukis bentuk mata
Perspektif bentuk mata, mulut dan telinga
Bagaimana melukis mata pada permukaan wajah dan menyeimbangkannya?


Cara menghasilkan bentuk muka dan eksperasi wajah


Bahagian rambut. Cool babe!!


Perspektif di bahagian kepala


Perspektif di bahagian kepala dan mata


Posisi dan pergerakan


Mengambarkan kepantasan dalam pergerakan

Ini adalah beberapa tutorial yang saya perolehi. Jadi, kalau nak belajar dengan lebih lanjut, korang boleh pergi ke Deviart.com, SINI. Selain itu, korang juga boleh pergi ke MangaTutorials, SINI.

Akhirnya, mood saya sudah kembali. Boleh sambung buat kerja balik ni. Hihihi.

Jumpa lagi. Terima kasih membaca. :)









Share:

4 comments

  1. mmg terer la org reti melukis tu.. kagum giler.. akak ni bab melukis surender awal2.. haha.. ke laut jadinya lukisan tu.. :p

    ReplyDelete
  2. saya selalu boleh lukis mata aje. tu pun sebelah aje. kalau try lukis sebelah lagi, entah apa-apa jadinya. haish...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya masih cuba utk belajar melukis lagi. Nasib baik tgn x keras lg.

      Delete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^