Happy Chinese New

Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum semua....

Tahun Baru Cina dah tamat ke? Em..rasanya mereka sambut selama 14 hari. Betul ke? Well, kita merayakan Hari Raya Aidilfitri selama 30 hari. Lagi lama kan? Nak dijadikan cerita lah, kali ini saya sambut TahunBaru Cina...Kitakan 1 Malaysia. Holio....Tapi bukan sampai pasang segala bagai, merah sana sini tau..Saja-saja, menziarahi sahabat-sahabat kaum cina.


Menziarahi sahabat saya, Tan Chi Wee di Kampung Sg. Kapal bersama Shakila dan Eiza. Semua merah okaii. Saya je yang alain daripada yang lain tapi merah jambu tergolong dalam merah juga kan. Jadi, saya merah juga okaii. Ini Tahun Baru Cina pada hari kedua.
Tahun ini tahun kuda. Ssemua, orang pergi buru kuda. Hahaha...Orang Cina kata ada ong okay. Untung kaum-kaum kuda kali ini, sila bersiap siaga. Kita orang Islam, janganlah percaya. Meraka ada kepercayaan mereka sendiri. Masa saya masih budak sekolah dulu, bila masa tahun Baru Cina, mesti nak tengok rumah-rumah orang cina yang berhias merah. Dulu, saya sangat jakun. Setiap tahun , saya akan lihat pelbagai hiasan yang mereka buat. Sekarang ini? Sambil lalu je.


Makanan yang disediakan oleh Tan Chi Wee. Air kotak green tea, maruku, gula-gula, Appolo pun ada dan semestinya limau. Ada biskut suji tapi dia tak bagi kami makan sebab berbentuk anjing. Semuanya boleh dimakan okai.
Saya dapat ang pao maa. Dua lagi tu. Dua-dua ni daripada rumah Tan Chi Wee. Satu daipada pak cik dia, satu lagi daripada nenek dia. Bagi mereka, hanya yang sudah kawin kene bagi ang pao kepada yang belum berkahwin. Tak kisahlah korang-korang dah umur 28 tahun okai. Comelkan sampul ang pao dia.
Itu cerita saya ziarah kawan saya. Lain pula kisahnya makan tengah hari di company saya. Wo, exclusive yo. Bos saya bawa makan besar di Resort Pulai Spring,Johor Bahru. 3 minit daripada company saya.Hahaha...nama tempat gah, tapi dekat je. Dekat-dekat pun, makanan semua cecah RM 500..Tak pe, duit company yang keluar.


Pintu masuk utama ke Restoran tu, lupa pula nama restorannya. Tapi yang pasti dalam Resort Pulai Spring, Johor Bahru.
Lupa nak habak yang big bos kami bawa kami menjamu di kedai restoran bermenu chinese food. Kata mereka, halal, tiada pork okay. Masa saya pergi pun, ada 3 meje daripadanya adalah tetamu orang melayu. Alkohol pun tiada, hanya orang bukan Islam sahaja yang mereka sediakan. Nampak tak 1 Malaysia di situ.


Lorong ke kuanter dan penyambut tetamu. Tanglung tetap ada okai.
Interior Design. Tanglung World with Red Stronger. Tak dapat nak amik semua kawasan yang sememangnya dihiasi cantik, sesuai dengan Tahun Baru Cina.
Antara menu yang ada disini. Semua Chinese Food. Harga? sangat HOLIO!!! 
Ini adala teh. Namanya ialah Egg Tea Treasure. Teh telur ke? Nama je. Memang rasa teh mountain, rasa keaslian teh tanpa bahan perisa dan yang Paling penting ada rasa pahit. Tapi telan jelah. Dah semua angguk je bila bos tanya okay ke tak.
Masa ini yang ditunggu. First time. This is my experiance. Yi sang(Tak ingatlah tulisan dia macam mana). Masa bermain beramai-ramai. For big bos, she hope's, this year will make more happiness, harmonies and more money. Hahahaha...bagi kami, kita makan saja...hahahaha
Satu je perkara yang saya tak dapat lakukan, ambil semua jenis makanan yang dioder. Disebabkan terlalu lapar, jangan segan-segan kita baham dulu. Dah selesai semuanya, baru teringat nak ambil gambar makanan.


Di perkarangan luar restoran, mereka menyediakan sedikit pameran berkaitan dengan Yi Sang. Makanan yang perlu ada dalam makan besar tu. Semua penerangan sangat lengkap. Tapi, masa ni, kami dah kenyang!
Muka kekeyangan. Thanks Bos..!

Dalam Islam juga menitik beratkan hubungan dengan orang bukan Islam. Tahun Baru Cina bukanlah keagamaan tetapi perayaan tahun baru bagi kaum Cina. Sekali sekala apa salahnya, menunjukkan bahawa Islam tidak menghalang untuk kita beramah mesra dengan orang bukan Islam.

Terima Kasih membaca. Jumpa lagi. Selamat Tahun Baru Cina...!



Share:

0 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^