Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum readers.
Semalam, saya bersama kak Alya(ala, yang bride to-be tu!!) dan Dyasmira pergi menyerang ke KFC Stulang, Johor Bahru. Macam tak ada kerja pula pergi makan KFC jauh di ufuk selatan. Padahal, di Taman Universiti ada KFC. Ada dua pula tu. Satunya di stesen minyak Petronas dan satu lagi, dalam AEON Taman Universiti.
Bukan apa, kami nak feel air laut(padahal, pakai terjah je). Apa yang istimewanya KFC di Stulang ini ialah tempatnya di tepi laut. Boleh nampak negara Singapore. Haaa! gitu. Bukan setakat KFC ini dirasmikan oleh Sultan Johor, bukan yek. KFC ni terletak di tepi laut. Sejuk kot. Nasib baik pakai cardigan.
Kisahnya bagaimana kami boleh sesat makan di KFC Stulang? Beginilah al-kisahnya. Kak Alya, housemate sayang saya tu (lepas ni tak boleh sayang dah..hukhukhuk), teringin nak makan Golden wrap chicken KFC tu. Ayam pangang yang bersalut tu. Pada mulanya, saya macam tak maulah pergi sebab ongkosnya sudah kosong.
|
Nilah ayam pangang yang kak Alya nak sangat makan tu. Mengidam ye kak Alya? |
Tetiba, saya semak dalam akaun saya, ehhh!! ada duit. Terus saya Skype kak Alya. Inform dialah yang saya akan singgah KFC. Saya tapau jelah. Tetapi (tetapi lagi)...Tetapi, memandangkan gusi, gigi dan lelangit kembali sakit, tambahan pula ada ulser mulut berdekatan dengan gusi yang sakit tu menyebabkan niat saya tu lupus. Saya Skype kak Alya balik, inform dia yang saya tak jadi singgah. Rupa-rupanya, dia tak bace Skype saya. Kesiannnn!!!!!
Sampai di rumah, Kak Alya menyatakan keinginan beliau ingin meragut ayam panggang KFC tu di laman facebook. Apa lagi, dengan cepat je saya komen, "Jommm!!!! sekarang". Ok, kali ini saya tak main tarik tali. Kak Alya siap tak percaya lagi sebab dia tahu yang saya tiada ongkos. Saya habaklah kat dia yang saya ada Skype dia. Kesian sekali lagi, kak Alya tak baca. So, kami pun bersiap nak pergi melahap.
Macam mana Dyasmira boleh join sekali? Macam nie cerita dia. Ketika kami sedang bersiap, muncul komen Dyasmira dalam post Kak Alya tulah. Dia kata Cip suruh ikut skali sebab dia lambat balik. Siapa pula Cip tu? Cip tu suami Dyamira lah. Macam pelik je saya panggil dia Dyasmira. Kita ringkaskan, "Mira". Sebab tu Mira ikut. Memandangkan saya dan kak Alya malas nak keluarkan kereta, kami naik kereta Mira. Haaa!!! macam tulah ceritanya. Panjang pula ceritanya kan...Apa lagi, jomlah kita serbu gambar di bawah.
|
Nampak tak muka kepuasan beliau. Nampak tak? nampak tak? Orang manis ni...kene jaga-jaga |
|
Pn. Mira kita ni. Pi habak pada En. Suami cepat. |
|
Kenapa muka saya macam tu? Tu tandanya menahan kesakitan gusi tapi perut dah berkeroncong. |
|
Set bucket katanya. Makan untuk tiga orang. Puas juga la. Sangat-sangat! |
|
Dua ketul dah cukup. Sangat holiooo!!!! Golden Chicken Wrap. Sedap makan ketika masih panas. Setelah sekian lama memendam rasa. Hahahahaha..Hari membuang stress!!!! |
|
Yang itu bukan pandangan Singapore yek. Itu bangunan D'Zone. Kawasan bebas cukai. Dia orang berdua kata, coklat kat situ murah lah jugak. Wahai encik, nanti cari coklat di sini yek. |
|
|
|
Nampak tak kelip-kelip kat sana tu. Memandangkan hari sudah malam, jadi tak nampaklah negara Singapore tu. Sebenarnya, fokus kami bukan Singapore, tapi nak makan. |
|
Masing-masing tekun dengan handphone masing-masing. Keyanglah katakan. |
Haaa!!! Tempat kami betul-betul tepi laut. Cukup mendamaikan. Hilang semua tekanan di pagi hari. Jadi, kalau rasa nak makan KFC yang mungkin orang akan kata, "ala, KFC je pon. Bukan restaurant 5 bintang."..Tak kisahlah korang nak kata apa pun, mailah ke KFC di Stulang. Tukar selera. Memandangkan tempat duduk kami di luar, saya tak tau dekorasi di dalam macam mana. Mengapa tak masuk? Sebabnya, saya di tugaskan mencari tempat yang berdekatan dengan laut.
KFC STULANG LAUT JB
(berhadapan Sekolah Foon Yew Stulang)
(200m dari The Zon)
(300m dari Open University Malaysia)
Jalan Ibrahim Sultan,
80300, Johor Bahru, Johor
Jadi, korang datanglah sini, menikmati angin laut sambil makan ayam KFC. Ok, dah dapat apa yang nak, kita kene budget semula. Terima kasih membaca. :)
3 comments
wauuu.. mcm best pulak baca makan kat sini... tp... berbaloi ke nak mkn KFC dr KL nak ke Setulang Dua ni??
ReplyDeletesgt best kak....kalau dtg johor..habak dgn bride to be tu...nant dia bwk.....
Deletecina singapura ramai makan disitu minggu lepas 30 mei 2014 saya ke sana..........jam 4 pagi
ReplyDelete