Nasi Lemak Wak Kentut, Kulai, Johor.

Bismillahirahmannirahim. Assalamualaikum readers.

Yea!!! Makan Nasi Lemak Wak Kentut lagi!!! Nasi Lemak Wak Kentut? Nasi Lemak kentut? ke tukang masak tu tambah perisa kentut dalam Nasi Lemak tu? Atau lepas makan asyik kentut je? Wo!! wo!! banyaknya soalan. Sebenarnya saya sendiri pun tak tahu mengapa dipanggil nama Nasi Lemak Wak Kentut. Sungguh eronik bukan? Tapi memang holio Nasi Lemak dia. Tak percaya? Mai saya cerita.

Nasi Lemak Wak Kentut nie terletak di Jalan Susur Kulai 2, Taman Kulai Besar, Kulai Johor. Berdekatan dengan Public Bank. Tak silap lah. Warung dia kecil je. singboard tu tertulis Nasi Lemak Ayam Goreng tapi paggil Nasi Lemak Wak Knetut. Sangat mendapat sambutan. Melayu, Cina dan India semua ada. Warung ni tak putus-putus orang bertandang. Tapi Kak Alya @ bride to-be yang mengidam nak makan Nasi Lemak Wak Kentut ni kata nasi lemak ni ada kat Selangor. Kan Kak Alya?

Memandangkan saya pun kelaparan, selepas Maghrib (semalam), kami mengolekkan kereta kami ke kulai untuk mendapatkan Nasi Lemak Wak Kentut. Ada yang berpesan supaya kami pergi awal sikit, sebab orang mesti ramai. Tapi kami pulang dari kerja pun dah nak dekat pukul 7. Nak awal apenya, so tak kira jugaklah, kami redah je. Nasib kami sangat baik sebab masa kami tiba orang tak ramai. Tapi Lepas Isyak, beratur panjang kot. Ramai orang berpusu-pusu nak dapatkan Nasi Lemak Wak Kentut ni.

Nilah warung Nasi Lemak Wak Kentut tu. Siap letak signboard tu IN and OUT lagi. Masa nie, yang masuk tak ramai, yang keluar dari lorong tu ramai.
Apa istimewanya Nasi Lemak ini? Ada dua. Pertama, sambal dia. Manis dan pedas. Tapi sesuai dengan semua orang. Lagilah sayakan yang memang ada masalah dibahagian saluran makanan. Kedua, Ayam Gorang dialah. Goreng ayam masa tu jugak, bagi panas-panas. Pastu makan, memang holio kot.

Kita boleh pilih bahagian ayam yang kita suka makan. Lepas tu, bagi pada brader tu sebab dia akan potong 2/3 bahagian untuk memudahkan kita makan. Lepas pilih ayam, kita pergi pula ke bahagian nasi. And lastly, caunter payment. Kaunter pembayaran bersebelahan dengan bahagian air. So, masa nak bayar, oder air sekali. Saya oder air suam je, manakala kak Alya oder teh o suam.


Nasi Lemak Wak Kentut
Nampak tak kepuasan di wajah bride to-be ni. Dah dapat, apa lagi, Jom kita ngap sampai kenyang.
Ok. Saya kelaparan. Ayam goreng dia masyukkk!!!!
Di sini juga ada coconut shake. Sodap sangat! Bukan setakat coconut shake je, otak-otak, sate dan yong tau fu pon ada.
Ini kali ketiga saya makan Nasi Lemak Wak Kentut. Kali pertama, beliau bawa saya ke sini tapi saya tak ingat jalan. Kali kedua pula, ketika saya berada di HSA dan beliau juga belikan untuk saya tapi tak habis sebab ketika tu selera saya belum terbuka.

Kalau korang datang ke Kulai, Johor, jangan lupa singgah warung Nasi Lemak Wak Kentut ni. Sarapan dia buka, malam pun dia buka. 

Terima kasih membaca. Jumpa lagi. :)

Share:

3 comments

  1. unik betol nama nasi lemak dia..hihi.. kalo dah ramai org tentu sedap tu.. akk follow sini blk..thanks dik.. :)

    ReplyDelete
  2. Deqla Manjew : mmg sgt unik kak.....mmg xkn kecewa mkn nasi lemak die. thanks ye kak.

    ReplyDelete
  3. hee..unik btol nama nasi lemak wak kentut.haha..penuh selera ea mkn ..

    ReplyDelete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^