Edisi Pertama : Doa, Senyum Dan Penghulu Hari

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamaualaikum semua....

Apakah ini? Jeng...jeng....
Sejak akhir-akhir ni, saya kembali kepada hobi dan habit saya yang lama iaitu MELUKIS. Selain design segala macam benda, saya melukis sesuatu yang boleh dikongsi dengan kawan-kawan. Kemudian saya pos dalam laman facebook dan Instagram. Tapi saya belum ada kesempatan untuk dikongsi dalam blog. Yang ini apa dia?.

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Allah masih mengekalkan kelebihan yang saya ada ni. Walaupun lukisan saya sedikit cacamerba tapi sekurang-kurangnya, kawan-kawan faham. Tak percaya? Tak percaya tak mengapa. Sebelum saya post benda macam tu, saya tanya kepada beliau adakah dia setuju atau pun tidak. YES!! dia kata setuju. Untuk kebaikkan apa salahnya kan. Selain daripada itu, saya boleh mengekalkan skill yang saya ada.

Kemudian, saya letakkan kesemua lukisan saya di dalam ruangan Laman Kartunis(dalam blog sayalah, cuba cek di bahagian menubar. Adakan?). Macam laman majalah pula kan? Lukisan ini bukan sahaja dihasilkan secara tangan malah mengunakan software-software yang tertentu. Senang kata ada dua edisi. By Hand or computer. Black White or colour.

Untuk ruangan / edisi pertama ini, saya hasilkan lukisan berkaitan dengan berdoa, senyum dan Hari Jumaat.Yang ini pakai lukis ja, janji comel.

1. Berdoa.

2. Senyum

3. Jumaat-Penghulu segala Hari.

Korang fahamkan apa yang saya sampaikan? Kesemua lukisan di atas saya menggunakan pensil dan magic pen/marker pen. Nampak tak ada garisan mengigil? Tu tandanya, saya sedang kelaparan.

Sekali saya ada idea dan sekali saya melukis, saya tidak hiraukan ketelitian sesuatu objek walaupun perkara itu sangatlah penting. Bagi saya, selagi saya melukis, saya akan pastikan lukisan saya dapat dibaca oleh korang semua. Apabila korang dapat baca lukisan saya, apa yang ingin saya sampaikan pun menjadi. Betul tak?

Oklah, korang boleh buka ruangan kartunis di laman kartunis DI SINI. Jumpa lagi di lain ruangan. Terima kasih membaca.GAMBATE!!





Share:

0 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^